Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH: KES SELEWENG MINYAK SHELL

Juruukur dijel lebih 4 bulan, bayar penalti dek rasuah

Jul 16, 2022 | 05:30 AM



SEORANG juruukur menerima rasuah berjumlah AS$10,000 ($13,737) daripada tukang pemuatan syarikat minyak Shell sebagai ganjaran berdiam diri tentang penyelewengan bahan tenaga di kemudahan Pulau Bukom.



Hasil daripada bantuan Erwin Suhardi Jamaluddin, satu insiden penyelewengan minyak gas Shell bernilai hampir AS$1.2 juta tidak dapat dikesan pada 2017.



Erwin, 38 tahun, yang ketika itu bekerja di syarikat Intertek Testing Services, semalam dipenjara empat bulan dan dua minggu selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan rasuah membabitkan AS$5,000, lapor The Straits Times.



Tuduhan rasuah kedua melibatkan jumlah baki telah diambil kira semasa hukuman.



Dia juga diperintahkan membayar penalti $13,737.50, iaitu jumlah rasuah yang diambilnya.



Jika dia tidak mampu membayarnya, Erwin akan dikenakan tiga minggu penjara sebagai tambahan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Encik Norman Yew, berkata Erwin telah menerima rasuah daripada Richard Goh Chee Keong, 52 tahun, yang tugas utamanya termasuk menguruskan pemindahan produk petroleum Shell di Pulau Bukom ke kapal.



DPP Yew menambah bahawa Goh adalah salah seorang dalang di sebalik konspirasi menyeleweng minyak gas daripada Shell. Kesnya masih belum selesai.



Pada 31 Mac lalu, seorang lagi dalang, Juandi Pungot, 45 tahun, dipenjara 29 tahun atas peranannya dalam penyelewengan lebih 200,000 tan minyak gas bernilai $128 juta.



Ini adalah salah satu hukuman penjara paling lama dikenakan bagi jenayah komersial.



Beberapa orang lain yang dikaitkan dengan kes itu termasuk Muhammad Khairul Asri Mohamad Hanafiah, 38 tahun; Rizal Zulkeflee, 38 tahun; Anand Omprekas, 39 tahun; Paramanandham Srinivasan, 39 tahun; dan Noruliman Bakti, 40 tahun, sebelum itu mengaku bersalah melakukan rasuah. Mereka masing-masing dijatuhi hukuman penjara antara empat minggu dengan lapan bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >