PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membeli atau minum dua jus buah-buahan, Jus Al Sunnah Emas 1001 Khasiat Jus Alternatif dan Jus Al Sunnah 1001 Khasiat Jus Alternatif.
Dalam satu kenyataan hari ini, HSA mendedahkan bahawa apabila diuji, kededua jus itu didapati mengandungi ramuan ubat steroid yang kuat dan tidak diisytiharkan.
Menurutnya, Jus Al Sunnah Gold 1001 Khasiat Jus Alternatif mengandungi dexamethasone, prednisolone dan diclofenac, manakala Jus Al Sunnah 1001 Khasiat Jus Alternatif mengandungi dexamethasone dan prednisolone.
HSA menambah, lima pesakit, termasuk seorang kanak-kanak, mengalami kesan sampingan serius berpunca daripada steroid seperti sindrom Cushing dan kencing manis yang tidak dapat dikawal selepas meminum Jus Al Sunnah Gold 1001 Khasiat Jus Alternatif.
Orang awam dinasihatkan supaya berjumpa doktor jika mereka meminum Jus Al Sunnah Emas 1001 Khasiat Jus Alternatif atau Jus Al Sunnah 1001 Khasiat Jus Alternatif.
Kesan serius pengambilan bahan serupa itu termasuk keletihan, kekeliruan dan tekanan darah rendah, lebih-lebih lagi apabila produk itu telah diambil selama lebih beberapa minggu.
HSA juga memberi amaran kepada penjual supaya berhenti menjual kededua jus tersebut dengan segera.