Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Justin Lee diperlakukan secara profesional, adil oleh pegawai: CNB

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Justin Lee diperlakukan secara profesional, adil oleh pegawai: CNB

Oct 22, 2021 | 10:15 PM

REMAJA lelaki berusia 17 tahun yang mati dengan membunuh diri, tiga bulan setelah dituduh mengedar dadah, telah diperlakukan dengan adil oleh pegawainya, kata Biro Narkotik Pusat (CNB).

Biro itu telah menjalankan siasatan setelah ibu mendiang Justin Lee, Cik Cecilia Ow, 51 tahun, pada 12 Oktober menyiarkan surat yang ditujukan kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam di laman Instagramnya, yang menggambarkan penangkapan anaknya dan sejarah kemurungannya.

Dalam satu kenyataan terperinci hari ini (22 Okt), CNB berkata: "Justin diperlakukan secara profesional dan adil. Pertuturannya baik dan jelas dalam jawapannya sepanjang soal siasat yang dirakam video."

Ia menambah Justin menjalani pemeriksaan perubatan pada 4 Februari dan 23 Jun 2021, dan doktor tidak mengesan sebarang isu yang membimbangkan.

"Siasatan dalaman CNB juga menunjukkan tidak ada kelengahan yang tidak sepatutnya dalam proses siasatan dan pendakwaan," kata biro tersebut.

Setelah dia ditemui mati di kaki blok flat pada 16 September lalu, bedah siasat dilakukan.

Ujian toksikologi menunjukkan terdapat bekas LSD yang dikesan di dalam air kencing dan darahnya, kata CNB.

LSD adalah ubat terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah. Ubat Kelas A dianggap paling berbahaya.

Cik Ow, dalam kirimannya, meminta unit berasingan dalam pasukan polis dengan latihan menangani orang muda yang menghidap masalah kesihatan mental supaya dibentuk untuk menangani pesalah di bawah usia 18 tahun.

Suratnya membuat CNB mengumumkan pada 14 Oktober lalu yang ia akan melancarkan siasatan dalaman ke atas keadaan penangkapan remaja itu.

CNB hari ini  berkata, pihaknya melakukan siasatan ke atas subjek yang secara terbuka mengiklankan setem LSD untuk dijual di aplikasi pesanan pada Januari.

"Pegawai CNB membuat dua pembelian percubaan yang berjaya untuk mengesahkan maklumat dan menangkap subjek tersebut, yang kemudian dipastikan sebagai Justin," tambah biro itu.

Justin telah mengaku bahawa 131 setem LSD yang dijumpai pegawai adalah miliknya dan bertujuan untuk dijual, termasuk kepada rakan-rakan. Dia juga mengaku bahawa dia telah menyalahgunakan setem LSD, kata CNB.

CNB menjawab beberapa tuduhan Cik Ow yang beliau sertakan dalam suratnya.

Cik Ow, seorang pensyarah kanan di sebuah politeknik, mendakwa anaknya dilarang minum air, tetapi CNB berkata semua suspek dadah diberi akses yang cukup kepada air agar dapat memberikan spesimen air kencing mereka untuk ujian dadah.

Beliau juga berkata, Justin ditahan dalam keadaan yang kurang ideal semasa dia dalam tahanan, dan pada 23 Jun, dia tidak diizinkan melakukan push-up untuk memanaskan badannya ketika berada di dalam sel.

CNB berkata rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Justin diberi selimut.

Dia diberi makanan, termasuk minuman, semasa tahanan di lokap pada Februari dan Jun.

Mengenai tuduhan bahawa mahkamah telah menangguhkan kes itu beberapa kali yang menambah tekanan kepada Justin, CNB berkata pihak pendakwa bersedia mendengar pengakuannya pada 24 Jun, apabila Justin didakwa di mahkamah tetapi peguam bela telah meminta menangguhkan sebutan mahkamah sebanyak empat kali.

CNB juga menyebut tentang Skim Dewasa Sesuai (AA) untuk suspek muda, yang digunakan  untuk mereka yang berusia bawah 16 tahun yang disoal siasat oleh polis atau CNB semasa siasatan jenayah. Justin berusia 17 tahun apabila dia ditangkap.

Terdapat juga skim AA untuk orang-orang yang rentan daripada segi mental, dan CNB berkata Justin telah memberitahu pegawai yang dia mengalami kemurungan dan telah didiagnosis oleh Institut Kesihatan Mental.

CNB berkata mereka meneruskan dengan soal siasat yang dirakam video pada 4 Februari, dengan mengambil dalam pertimbangan bahawa Justin "tenang dan koheren semasa disoal siasat, dan dapat secara logik menyatakan aliran peristiwa, termasuk berkongsi mengenai kajiannya mengenai dadah dan cara dia mengedarkannya.

"Dia meminta penjelasan apabila dia ingin membuat pindaan. Dia diperhatikan tidak menunjukkan tanda-tanda tekanan semasa disoal siasat."

Ia menambahkan: "Sepanjang interaksi mereka dengan Justin, pegawai CNB bersikap sensitif dan berusaha untuk membebaskannya dengan ikat jamin secepat mungkin. Tidak ada paksaan fizikal, atau bahasa kasar, yang digunakan sedang dia berada dalam tahanan CNB.

"CNB faham ini adalah masa yang sukar bagi Cik Cecilia Ow dan akan terus memberi bantuan kepadanya," kata biro itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3