Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

J.Y. Pillay, Yatiman Yusof antara penerima Anugerah Hari Kebangsaan

Dec 02, 2019 | 01:30 PM



PRESIDEN Halimah Yacob telah menyampaikan Anugerah Hari Kebangsaan kepada 511 individu semalam (Ahad, 1 Dis).



Antara penerima anugerah tersebut termasuk penjawat awam veteran, Encik J.Y. Pillay, yang diberikan Order of Temasek (Dengan Kepujian) di majlis di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central itu.



Encik Pillay, yang telah dipuji mantan Perdana Menteri pertama Lee Kuan Yew sebagai "setaraf dengan 'otak terbaik' di Amerika" telah dikurnia dengan anugerah tertinggi atas sumbangan beliau terhadap negara.



Beliau merupakan pengerusi Majlis Penasihat Presiden (CPA) yang paling lama berkhidmat iaitu dari 2005 hingga Januari tahun ini.



Encik Pillay juga pernah menyandang jawatan sebagai pengerusi Singapore Airlines dan pengarah pengurusan GIC serta Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Anugerah kedua tertinggi pula diberi kepada mantan menteri Encik Lim Chee Onn dengan   Order of Nila Utama (Dengan Kepujian Tinggi), lapor The Straits TImes.



Beliau pernah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen dari 1977 hingga 1992.



Dalam pada itu, mantan setiausaha parlimen kanan, Encik Yatiman Yusof, telah dianugerahkan Pingat Khidmat Meritorious.



Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini diberi kepada sekitar 5,000 individu termasuk penjawat awam dan ketua masyarakat, atas sumbangan mereka kepada negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >