Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kabinet kesinambungan bagi keluarkan M'sia daripada Covid-19, ketidaktentuan ekonomi

Aug 28, 2021 | 05:30 AM



KABINET baru yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia sudah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Ia adalah kesinambungan Kabinet sebelum ini bagi mengeluarkan negara daripada pandemik Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi.



Barisan Kabinet yang dianggotai 71 menteri (termasuk perdana menteri) dan timbalan menteri itu "ditambah baik" dengan membuat beberapa pertukaran menteri dan membawa masuk beberapa tokoh politik berpengalaman, bagi menerajui beberapa kementerian penting yang sebelum ini dianggap gagal diurus dengan baik.



Penambahbaikan itu dapat dilihat melalui pertukaran Encik Khairy Jamaluddin, yang dipuji berjaya melaksana Program Imunisai Covid-19 Kebangsaaan (PICK), ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Mantan menteri kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, yang mendapat kritikan hebat daripada orang ramai kerana dianggap lemah dalam mengendalikan peperangan melawan Covid-19, dipindahkan ke tempat lama Encik Khairy, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti).



Pelantikan Encik Khairy itu bertetapan dengan kenyataan Datuk Ismail Sabri bahawa barisan Kabinet baru itu diharap dapat memberi keyakinan baru untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan Covid-19 serta membebaskan 'Keluarga Malaysia; daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik itu.



Selain itu, pengekalan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan, Datuk Seri Azmin Ali sebagai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) seperti yang diharapkan Datuk Ismail Sabri.



Mereka dijangka dapat membantu Malaysia memulihkan semula ekonominya dengan menyokong usahawan, memudahcarakan perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meyakinkan pelabur.



Dalam pembentukan Kabinet ketiga buat Malaysia dalam tempoh 28 bulan lalu selepas pilihan raya umum ke-14, Datuk Ismail Sabri tidak lupa memberi 'ganjaran' kepada Anggota Parlimen (AP) Umno yang berdiri di belakang beliau semasa kemelut politik dengan presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengenai arahan agar menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sebelum ini.



Begitu juga menteri dan timbalan menteri yang bersamanya dikekalkan dalam jawatan masing-masing, selain ada yang diberi kementerian penting.



Nama besar dalam Umno, seperti naib presidennya, Datuk Seri Mahadzir Khalid, dan penyokong kuat Datuk Ismail Sabri, veteran Datuk Seri Shahidan Kassim, dibawa masuk semula menyertai Kabinet dengan Datuk Mahadzir diberi jawatan penting Menteri Pembangunan Luar Bandar manakala Datuk Shahidan menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.



Begitu juga mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, yang banyak mengkritik kepimpinan presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, diberi kementerian strategik, iaitu Komunikasi dan Multimedia.



Bagi menampakkan beliau sama rata dalam pemilihan anggota Kabinetnya, Datuk Ismail Sabri melantik penyokong presiden, Tan Sri Noh Omar, sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.



Bagaimanapun, beliau tidak melantik semula mantan menteri tenaga dan sumber asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, dan mantan timbalan speaker Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said, penyokong kuat pemimpin Umno.



Beliau juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kerana terdapat desas-desus bahawa pihak yang tidak dilantik sebagai TPM akan menarik sokongan terhadap beliau sekiranya usul undi percaya dibentang di Parlimen tidak lama lagi.



Sebelum ini, tiga kumpulan dalam Bersatu - timbalan presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, setiausaha agung Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dan Datuk Azmin - disebut-sebut mengintai jawatan nombor dua Kabinet itu.



Selepas saja istiadat mengangkat sumpah pada Isnin ini, mereka yang diberi tanggungjawab dan amanah itu perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama pelantikan mereka, sebagaimana ditetapkan oleh Datuk Ismail Sabri.



Mereka dijangka melalui laluan tidak seteruk kerajaan sebelum ini kerana Perdana Menteri itu sudah mengambil langkah awal meredakan kekusutan politik negara.



Yang berlaku sebelum pengumuman Kabinet itu ialah Datuk Ismail Sabri terlebih dahulu mengambil langkah menghulurkan tangan sebagai tanda perdamaian kepada Pakatan Harapan (PH), blok pembangkang terbesar sekarang.



Dan mereka amat baik apabila presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, dan presiden Parti Amanah Negara, Encik Mohamad Sabu, menyambut baik tangan yang dihulur itu.



Ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu berjanji akan memberi kerjasama kepada kerajaan asalkan semua rancangan yang dilaksananya menguntungkan rakyat.



Langkah terbaru itu selaras dengan pendekatan 'Keluarga Malaysia' yang digunakan Datuk Ismail Sabri, kerana frasa itu sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum.



Kini, Datuk Ismail Sabri dan pasukannya mempunyai tempoh hanya kira-kira 22 bulan untuk membawa Malaysia keluar daripada pandemik Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi.



Berdasarkan barisan kempimpinan baru itu, rakyat Malaysia boleh mengharap masa depan lebih cerah selepas ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >