Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kaca pecah, pekerja berdarah di Ion Orchard pada hari pertama pembukaan semulanya

Jun 16, 2021 | 04:55 PM

SEORANG pekerja di Ion Orchard cedera setelah pintu kaca di sebuah kedai pecah pada hari pertama pembukaan semula pusat beli-belah itu hari ini (16 Jun).

Pekerja lelaki itu yang memakai lanyard jenama alat solek Bobbi Brown, cedera di bahagian tangannya.

Tiga pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di tempat kejadian pada sekitar 11.20 pagi tadi, lapor The Straits Times.

Darah yang menitis juga dapat dilihat di lantai bersama-sama serpihan kaca.

Sebelum kejadian itu, pekerja lain di Ion Orchard dilihat sibuk mengemas dan mengatur kedai mereka sempena hari pertama pembukaan semula pusat beli-belah itu setelah ditutup empat hari bagi kerja-kerja pembersihan dan penyahjangkitan.

Ion Orchard ditutup pada Sabtu lalu hingga semalam setelah beberapa kes Covid-19 dikaitkan dengan tempat tersebut.

Dalam surat yang diberikan kepada penyewa hari ini, Ion Orchard berkata hanya kedai yang pekerja mereka semuanya sudah diswab dan diuji negatif Covid-19 dibenarkan dibuka semula.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3