WARGA Singapura kini boleh menggunakan kad-kad ATM Nets untuk membuat bayaran di sekitar 7,400 tempat di seluruh Malaysia, termasuk kawasan pelancongan dan pusat membeli-belah di Johor Baru, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Pada masa yang sama, kad-kad ATM PayNet MyDebit Malaysia juga boleh digunakan di sekitar 500 tempat di Singapura.