Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Kad Ketibaan SG perlu diisi di aplikasi MyICA Mobile sebelum tiba di S'pura

Dec 22, 2022 | 05:30 AM



PARA pelancong yang masuk ke Singapura, termasuk para penduduk Singapura, mungkin perlu beratur semula untuk melepasi imigresen sekiranya gagal menghantar Kad Ketibaan SG sebelum ketibaan mereka.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata penyerahan tersebut boleh dibuat di laman mereka atau pada aplikasi MyICA Mobile.



"Ia mengambil masa kurang tiga minit untuk penduduk Singapura, dan sekitar lima hingga tujuh minit bagi warga asing, untuk menyerahkan Kad Ketibaan SG," kata ICA semalam.



Peringatan itu timbul sedang sektor pelancongan mula menunjukkan tanda pulih dengan ketibaan pelancong antarabangsa tumbuh buat bulan kelapan berturut-turut, September lalu.



Kad ketibaan dalam talian diperkenalkan sedang ICA beralih kepada pelepasan imigresen tanpa kertas.



Ia menggantikan pendaratan berdasarkan kertas dan kad embarkasi yang perlu diserahkan pelawat asing sejurus tiba di pusat pemeriksaan Singapura.



Fungsi pendedahan kesihatan elektronik dalam Kad Ketibaan SG, yang diperlukan bagi semua pelancong, telah disertakan pada March 2020 di sebalik pandemik Covid-19.



ICA berkata pelancong mesti menyerahkan semula pendedahan kesihatan sekiranya keadaan kesihatan atau sejarah perjalanan berubah.



Ini mesti dilakukan sebelum masuk ke Singapura.



Bagi mengelak daripada diperdaya syarikat komersil luar serta laman yang menawarkan khidmat berbayar, ICA berkata para pelancong patut gunakan aplikasi MyICA Mobile untuk menyerahkan kad-kad ketibaan mereka.



Penyerahan kad ketibaan pada aplikasi dan laman ICA adalah percuma, kata pihak berkuasa.



Ia menambah bahawa pihaknya tidak menyokong atau meluluskan syarikat komersil dan laman yang menawarkan khidmat berbayar bagi membantu pelancong menyerahkan kad-kad mereka.



"Para pelancong yang gunakan aplikasi MyICA Mobile boleh hasilkan dan simpan profil mereka bagi perjalanan selanjutnya," kata ICA.



"Para penduduk Singapura juga akan mempunyai maklumat profil mereka yang terkandung secara automatik dalam pangkalan data ICA.



"Dengan profil yang dihasilkan, para pelancong hanya perlu mengemas kini butiran perjalanan dan pendedahan kesihatan mereka bagi perjalanan selanjutnya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >