Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kad laporan perkhidmatan awam papar warga S’pura dapat gaji lebih tinggi pada 2017, kadar pengangguran kekal rendah

Dec 20, 2018 | 11:52 AM



Warga Singapura mendapat gaji lebih tinggi tahun lalu dan kadar pengangguran kekal rendah, berlatar ketidaktentuan berhubung sekitaran dunia yang berubah.



Mereka juga mengalami peningkatan dalam isu harian seperti perumahan dan jagaan kesihatan.



Rumusan itu adalah dari Semakan Hasil Sektor Awam Singapura, yang menilai kelakonan Singapura dalam beberapa bidang yang menjadi kepentingan nasional, seperti ekonomi dan pengangkutan.



Dilepaskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) pada Khamis (20 Disember), laporan dwitahunan itu berkata ‘Singapura berhadapan dengan peluang dan cabaran baru, sedang teknologi membentuk semula ekonomi dan masyarakat kita’.

 



Walau pihak berkuasa terus bertindak untuk memastikan Singapura berupaya menghadapi cabaran, laporan itu berkata gaji warga Singapura dalam kumpulan 20 peratusan (percentile) dan kadar gaji median bertambah, dengan gaji bertambah empat peratus setiap tahun sejak 2013.



Dan juga, walau kadar pengangguran lebih tinggi pada 2016 dan 2017 - melebihi kadar tiga peratus - ia kekal rendah berbanding negara lain, kata laporan itu.



Usaha meningkat produktiviti - yang dianggap kunci bagi menjana pertumbuhan mampan, tetapi agak hambar sejak beberapa tahun lalu - juga menunjukkan perkembangan positif, walau ia tidak setara bagi semua sektor.



Tahun lalu, pemerintah menyokong 45,000 syarikat dan 450 projek yang menyerantau ke luar negara.



Semua 23 Pelan Perubahan Industri (ITM) bagi menyokong pertumbuhan dan persaingan telah dibentangkan, dengan MOF berkata bahawa ‘fasa perubahan selanjutnya akan meneliti kesinambungan antara kelompok dalam industri’.



Laporan itu juga menukil usaha pemerintah menggalak warga Singapura menjiwai sikap pembelajaran sepanjang hayat.



Sebagai contoh, menjelang 2023, dua pertiga murid prasekolah akan mempunyai tempat di prasekolah pemerintah atau prasekolah yang menerima sokongan pemerintah  yang dimampui. Jumlah tempat di prasekolah telah bertambah 60 peratus sejak 2012, dengan lagi 40,000 tempat dijangka pada masa depan.



Bagi orang dewasa, lebih 285,000 warga Singapura menggunakan kredit SkillsFuture tahun lalu. Lebih 25,000 pemohon kerja pula mendapat kerja menerusi inisiatif Adapt and Grow tahun lalu. Tambahan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >