Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kad penghubung kasih bersama suami terpenjara

Jun 11, 2019 | 05:30 AM



SEHARI sahaja tidak berbual dengan suami, Cik Nora (bukan nama sebenar) kegelisahan dan rasa seperti ada yang tidak kena.



Lantas, apabila suaminya dipenjarakan sejak lebih setahun lalu, Cik Nora dan lima anaknya benar-benar rasa kekosongan.



Namun, hati mereka berbunga kegembiraan apabila masing-masing menerima kad Hari Raya daripadanya menjelang Syawal.



Ucapan rindu dan pembakar semangat ternyata menjadi penawar bagi mereka, kata Cik Nora.



"Hubungan kami sekeluarga memang sangat erat. Suami memanglah teman saya berbual manakala anak memang rapat dengan ayah mereka.



"Jadi apabila suami ditahan, kami benar-benar rasa ketiadaannya. Apa sahaja program yang berkaitan dengan komunikasi memang amat berharga dan saya gembira adanya projek ini kerana ini cara alternatif terbaik buat kami berhubungan," ujarnya.



Malahan, sejak suami ditahan, Cik Nora dan anak menulis kepadanya setiap hari bagi melepaskan rindu dan memastikan komunikasi berterusan.



"Apabila membaca kad Hari Raya ini, memang saya tidak dapat berhenti menangis. Kata-katanya membuat saya lebih kuat dan mendorong anak.



"Usaha ini memang penting kerana saya tidak mahu kami anak-beranak berhenti berhubungan walaupun beliau tiada di sisi," ujarnya.



Seorang anaknya, Amira (bukan nama sebenar), 10 tahun, gembira membaca kad Hari Raya daripada ayahnya.



"Sekarang saya tahu apa perasaannya dalam penjara. Sebelum ini, saya ada juga tertanya-tanya keadaannya. Kami tidak sabar bertemu dengannya dan mahu beliau kembali secepat mungkin.



"Saya juga berharap keluarga kami dapat menerima keadaan ini dan melangkah ke depan," ujarnya.



Cik Nora menceritakan bahawa tidak mudah meneruskan hidup tanpa suami, yang dulu bekerja sepenuh masa.



"Memang sangat sukar daripada segi kewangan sebab selama ini saya bergantung padanya sementara saya hanya kerja sambilan.



"Sekarang, saya perlu bergelut dan mengimbangi segalanya - daripada hal kewangan kepada menguruskan keluarga," ujarnya.



Meskipun berdepan cabaran besar, beliau menaruh harapan agar episod dalam hidup mereka itu akan memberi pengajaran.



"Saya berharap bukan sahaja beliau, malah saya sendiri, akan belajar daripada kesilapan dan sama-sama berubah demi anak dan masa depan keluarga," katanya, sambil menitiskan air mata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >