Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kad Raya dari penjara pencetus kemaafan

Inisiatif HGEF harap buka hati anak-anak untuk terima semula ibu bapa yang sedang jalani hukuman, dan saling bermaaf-maafan
May 13, 2021 | 05:30 AM



KALI terakhir Lisa dan Lina (bukan nama sebenar) bertemu dengan ibu mereka adalah ketika masing-masing berusia enam tahun dan tiga tahun.



Ibu mereka, Cik Kamaliah (bukan nama sebenar) kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana kesalahan berkaitan dadah dan akan dibebaskan pada Julai ini.



Sabtu lalu, adik-beradik itu bersama nenek mereka, Cik Maria (bukan nama sebenar) menerima sekeping kad Hari Raya yang ditulis oleh Cik Kamaliah.



Cik Kamaliah dan suaminya sudah bercerai.



Kiriman kad tulisan banduan kepada keluarga mereka ini adalah inisiatif Projek Pelita Hati yang diusahakan oleh Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF).



Inisiatif itu bertujuan memupuk rasa kasih sayang dan kemaafan antara banduan dengan keluarga mereka dalam usaha membina semula kehidupan mereka setelah dibebaskan, menerusi kad yang dihias istimewa ini.



Ditanya mengenai perasaan pasangan adik-beradik itu - yang juga mempunyai seorang adik lelaki, 14 tahun, yang kini di Boys' Home - menanti kepulangan ibu mereka, Lisa, 18 tahun, berkata:



"Saya sebenarnya tidak tahu nak rasa apa. Perasaan saya bercampur baur - gementar dan takut."



Sementara itu, Lina, 15 tahun, yang tidak mempunyai banyak kenangan bersama ibunya kerana masih kecil pada ketika itu, menjawab "mungkin janggal".



Bagaimanapun, Cik Maria, 68 tahun, menambah:



"Harapan kami adalah semoga dia akan berubah dan dia akan insaf. Insya-Allah, semoga kita dapat menjadi keluarga yang bahagia semula... dan budak-budak ini dapat kembali serasi bersama ibu mereka."



Sabtu lalu, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, bersama setiausaha kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Ghani, membuat lawatan ke rumah Cik Maria sekeluarga untuk menghantar kad dan barangan Hari Raya termasuk makanan serta pakaian, dan duit raya.



Sejumlah 31 keluarga, yang merangkumi 76 kanak-kanak, terlibat dalam Projek Pelita Hati tahun ini.



Mengulas mengenai inisiatif berkenaan, Dr Faishal berkata:



"Dengan adanya jambatan seperti surat-surat dan kad-kad ini yang disediakan dan ditulis oleh banduan kepada keluarga mereka, ia dapat mencantumkan dan mengukuhkan lagi pendekatan yang dilakarkan supaya proses integrasi apabila mereka keluar nanti boleh dilicinkan dan dapat diperbaiki.



"Ini supaya mereka dapat kembali kepada keluarga dengan lebih mudah dan lebih baik dan ia boleh meningkatkan daya tahan mereka untuk mereka terus hidup dalam masyarakat."



Cik Haslinda pula berkata:



"Saya berharap dengan membaca kad-kad yang ditulis oleh ibu bapa mereka semasa di penjara, ini akan membuka hati anak-anak ini untuk menerima semula ibu bapa mereka dan saling bermaaf-maafan.



"Dengan ini, saya berharap mereka dapat membina kehidupan yang lebih bahagia, kehidupan yang baru."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >