Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar berhenti kerja terendah DSTA bukti keyakinan tambah baik pada SAF: Eng Hen

Oct 26, 2019 | 02:14 PM



KADAR pekerja yang meletak jawatan di Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) berada di kadar terendah pada tahun lalu, iaitu kurang daripada 3 peratus, berbanding lebih 20 peratus pada awal tahun 2000-han.



Pencapaian ini dikaitkan dengan peningkatan kepercayaan dan hubungan bekerja dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen pada Jumaat (25 Oktober).



Encik Ng menyifatkannya sebagai kepercayaan strategik yang kurang pada masa lalu, namun melalui cabaran dan kejayaan bersama, SAF dan pertubuhan yang membina teknologi pertahanan kini menjalin pemahaman yang lebih mendalam bersama.



“Bagi Singapura, integrasi operasi teknologi kami adalah satu pemangkin kuat, malah merupakan senjata rahsia demi memastikan keselamatan Singapura terjamin,"katanya dalam ucapannya sempena upacara penyampaian Hadiah Teknologi Pertahanan tahunan yang diadakan di DSTA.



Ditubuhkan pada 1989, hadiah itu diberikan kepada individu dan pasukan yang telah memberi sumbangan teknologi yang hebat demi mempertingkat keupayaan pertahanan Singapura.



Tahun ini, hadiah tersebut dianugerahkan kepada tiga pasukan serta tiga individu daripada pelbagai pertubuhan pertahanan termasuk DSTA dan DSO National Laboratories.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >