Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar CPF dinaikkan bagi pekerja berusia lebih 55 tahun

Aug 18, 2019 | 08:56 PM



KADAR sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan dinaikkan bagi pekerja berusia lebih 55 tahun bermula 2021, bagi membantu pekerja senja menabung untuk tempoh persaraan mereka.



Keputusan tersebut diambil menyusuli saranan yang diberikan Kumpulan Kerja Perikatan Tiga Pihak mengenai Pekerja Lanjut Usia yang ditubuhkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tahun lalu.



Empat saranan utama telah diutarakan termasuk meningkatkan sumbangan CPF pekerja lebih berumur.



"Hari ini kadar sumbangan CPF bagi pekerja mula tirus setelah mereka mencecah usia 55 tahun.



"Kita akan mula menaikkan kadar bagi pekerja berusia lebih 55 tahun. Langkah pertama akan diambil pada 2021 dan seterusnya, langkah selanjutnya akan diambil," jelas Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan (NDR) 2019.



Keseluruhan proses itu akan mengambil masa 10 tahun atau lebih, bergantung pada keadaan ekonomi.



Namun, Encik Lee menekankan bahawa dasar mahupun usia pengeluaran CPF kekal sama dan tiada perubahan dilakukan berkaitan kedua-dua isu berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >