Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar dividen bagi pemegang unit SPH Reit naik 3.3%

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



KADAR dividen yang diberikan kepada pemegang unit syarikat pemaju hartanah runcit, SPH Reit, meningkat 3.3 peratus bagi suku kedua tahun kewangan 2021 yang berakhir Februari, berbanding dengan suku sebelumnya.



Pengedaran dividen bagi setiap unit reit (DPU) itu mencapai 1.24 sen berbanding 1.2 sen pada suku pertama, menurut kenyataan SPH Reit, yang ditaja kumpulan berbilang media Singapore Press Holdings (SPH).



Pendapatan kasar SPH Reit meningkat 4.9 peratus kepada $190 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2021 yang berakhir Februari, berbanding tempoh sama tahun lalu.



Kenaikan dirangsang sumbangan penuh pertama kali oleh Pusat Beli-belah Westfield Marion di Adelaide, Australia bagi separuh tahun, berbanding sumbangan hanya tiga bulan yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.



Bagi separuh pertama tahun kewangan ini, DPU yang akan dibayar adalah 2.44 sen.



Pendapatan bersih bagi aset hartanah di Singapura merosot 6.7 peratus disebabkan pelepasan sewa Covid-19 yang diberikan kepada penyewa yang layak. Bantuan sewa turut diberikan kepada penyewa Australia layak.



Portfolio SPH Reit meliputi lima aset di Singapura dan Australia - termasuk Paragon dan The Clementi Mall di Singapura; serta Pusat Beli-belah Figtree Grove di Australia.



Pengerusi SPH Reit, Dr Leong Horn Kee berkata kadar dividen yang dibayar adalah ekoran pemulihan penjualan yang beransur-ansur oleh penyewa di semua hartanah.



"Kami akan terus berhubungan dengan pemegang saham kami untuk mengatasi cabaran pada masa depan agar dapat memastikan SPH Reit lebih kukuh pada masa depan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >