PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) berkata Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di Ekspreswe Central (CTE) menuju ke bandar akan dikenakan $1 antara 8.30 dengan 9.30 pagi mulai 12 Oktober, berbanding tiada bayaran sekarang.
Pemandu kereta yang menggunakan CTE menghala keluar dari bandar pada lewat petang pula dikenakan bayaran $3 antara 6 hingga 6.30 petang, berbanding $2 sekarang.
LTA dalam kenyataan pada Jumaat (9 Oktober) berkata bayaran ERP dinaikkan untuk menangani kesesakan trafik.
Berdasarkan keadaan lalu lintas bulan lalu, kelajuan trafik tetap optimum di semua jalan arteri dan kebanyakan ekspreswe, kecuali beberapa jangka waktu di CTE.
LTA berkata tiada bayaran ERP di lebuh raya dan jalan arteri lain.