Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar ERP dinaikkan secara berperingkat mulai 30 Mei di lapan lokasi

May 20, 2022 | 07:10 PM



KADAR Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di gantri di lapan lokasi di mana kelajuan trafik telah jatuh di bawah paras kelajuan optimum akan dinaikkan secara berperingkat untuk 19 tempoh masa mulai Isnin (30 Mei).



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataannya pada Jumaat (20 Mei berkata: 



“Berdasarkan pemantauan LTA terhadap keadaan trafik pada April dan Mei 2022, trafik telah mula meningkat di pelbagai lebuh raya sejajar dengan pelonggaran sekatan tempat kerja secara berperingkat mulai 29 Mac lalu.”



Untuk enam tempoh masa di tiga lokasi, kenaikan kadar ERP sebanyak $1 akan bermula dari 27 Jun, selepas berakhirnya cuti sekolah pada Jun nanti.



Contohnya di bahagian AYE selepas North Buona Vista menghala ke Tuas antara 6 petang dengan 6.30 petang; dan CTE arah utara selepas PIE antara 5.30 petang dengan 6 petang dan 6 petang dengan 6.30 petang.



Di tujuh lokasi di mana LTA menjangkakan kelajuan trafik akan merosot semasa tempoh cuti Jun, kadar ERP akan dinaikkan sebanyak $1 mulai 30 Mei.



Antara yang terjejas termasuk, AYE sebelum Alexandra menghala ke bandar dari 9 pagi hingga 9.30 pagi; dan AYE selepas North Buona Vista menghala Tuas antara 5.30 petang hingga 6 petang.



Bagaimanapun, untuk 14 tempoh masa di lima lokasi, kadar ERP akan dikurangkan dari 30 Mei hingga 27 Jun.



Ia termasuk, CTE arah selatan sebelum Braddell Road antara 7 pagi hingga 10 pagi; dan CTE arah utara selepas PIE antara 6.30 petang hingga 7 malam. 



LTA berkata ia akan "terus memantau kelajuan lalu lintas dan tahap kesesakan dengan teliti dan menilai sama ada kadar ERP perlu diselaraskan lagi”.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >