Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar ERP: Lima turun, dua naik

Oct 27, 2014 | 02:37 PM



KADAR di lima gantri sistem bayaran elektronik jalan raya (ERP) akan dikurangkan manakala dua lagi pula akan dinaikkan mulai Isnin depan.


Menyusuli reviu yang dilaksanakan dari masa ke semasa, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata bayaran bagi kereta akan dikurangkan sebanyak 50 sen bagi ruang waktu 8.30 hingga 9 pagi dan 9 pagi hingga 9.30 pagi di gantri Alexandra Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) menuju ke bandar.


Pada masa yang sama, kadar bagi tiga lagi gantri di Jurong Town Hall menuju ke bandar akan dikurangkan kepada $1 untuk ruang waktu 8 hingga 8.30 pagi, menjadikan kadar ERP baru kepada $1.


Namun, pemandu kereta menuju ke arah barat pada ruang waktu 5.30 hingga 6 petang perlu membayar $1. Kini, pemandu tidak perlu membayar ERP.


Di Ekspreswe Central (CTE) pula, ruang waktu 7.30 hingga 8 pagi akan dikenakan bayaran ERP $3 daripada $4 yang dibayar sekarang. Pemandu yang menggunakan East Coast Parkway (ECP) pula antara 8.30 hingga 9 pagi perlu membayar $2 berbanding $3 sekarang.


Dalam pada itu, kadar ERP bagi ruang waktu 7.30 hingga 8 pagi di Thomson Road pula akan dinaikkan sebanyak 50 sen kepada $1.


Lain-lain kadar ERP tidak berubah. LTA akan membuat semakan sekali lagi pada November, bagi cuti sekolah Disember ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >