Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar faedah CPF kekal untuk suku kedua

CPF
Feb 14, 2020 | 01:34 PM



KADAR faedah yang boleh diraih pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dalam pelbagai akaun mereka akan kekal tidak berubah pada suku kedua, kata Lembaga CPF dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan bersama pada hari Jumaat (14 Februari).



Kadar faedah Akaun Biasa (OA) akan dikekalkan pada 2.5 peratus setahun dari 1 April hingga 30 Jun.



Kadar faedah konsesi bagi pinjaman perumahan HDB, yang ditetapkan pada 0.1 peratus lebih tinggi daripada kadar faedah OA, akan kekal tidak berubah pada 2.6 peratus setahun dalam tempoh yang sama.



Pencarum CPF akan terus memperoleh kadar faedah sehingga 3.5 peratus setahun bagi wang dalam OA mereka, dan sehingga 5 peratus setahun dalam akaun Khas dan Medisave mereka dari bulan April hingga Jun.



Kadar faedah itu termasuk tambahan 1 peratus yang dibayar bagi $60,000 pertama dalam baki campuran, yang merupakan sebahagian daripada usaha pemerintah untuk meningkatkan simpanan persaraan pencarum CPF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >