Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar faedah CPF untuk bulan Julai hingga September tidak berubah

May 22, 2020 | 04:00 PM



KADAR faedah yang diperoleh oleh anggota Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi pelbagai akaun mereka tidak akan berubah pada suku ketiga ini, kata Lembaga CPF dan Lembaga Perumahan hari ini.



Anggota CPF yang berumur di bawah 55 tahun akan terus dibayar faedah tambahan 1 peratus pada $60,000 pertama dari baki gabungan mereka.



Mereka masih memperoleh kadar faedah hingga 3.5 peratus setahun pada baki dalam Akaun Biasa (OA) mereka dan hingga 5 peratus setahun pada Akaun Khas dan Medisave mereka dari 1 Julai hingga 30 September.



Ini bermakna ahli akan memperoleh faedah sehingga 5 peratus untuk $60,000 pertama dari baki CPF gabungan mereka.



Untuk ahli CPF yang berumur 55 tahun ke atas, mereka akan dibayar faedah tambahan 2 peratus pada $30,000 pertama dari baki gabungan mereka, dan 1 peratus tambahan pada $30,000 berikutnya.



Oleh itu, mereka akan dapat memperoleh faedah sehingga 6 peratus setiap tahun pada $30,000 pertama dari baki gabungan mereka, dan hingga 5 peratus pada $30,000 berikutnya.



Faedah tambahan yang diterima di OA akan dimasukkan ke dalam Akaun Khas atau Akaun Persaraan ahli untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka.



Mereka yang berumur 55 tahun ke atas dan mengambil bahagian dalam skim CPF Life juga akan mendapat faedah tambahan dari baki gabungan mereka, yang merangkumi simpanan yang digunakan untuk CPF Life.



Kadar faedah OA akan dikekalkan pada 2.5 peratus setahun dari 1 Julai hingga 30 September.



Kadar faedah konsesi untuk pinjaman gadai janji HDB, yang disandarkan pada 0.1 peratus di atas kadar faedah OA, akan tetap tidak berubah pada 2.6 peratus setahun dari 1 Julai hingga 30 September.



Kadar faedah untuk Akaun Khas dan Medisave akan dikekalkan pada 4 peratus setahun dalam tempoh yang sama.



Kadar faedah Akaun Persaraan akan dikekalkan pada 4 peratus setahun sehingga 31 Disember, seperti yang diumumkan pada bulan September tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >