Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar faedah minimum akaun CPF dilanjutkan hingga akhir 2022

Sep 28, 2021 | 05:30 AM



KADAR faedah minimum 4 peratus bagi simpanan dalam akaun Khas, MediSave dan Persaraan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dilanjutkan hingga 31 Disember tahun depan, umum Lembaga CPF dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam.



Kadar itu sepatutnya berakhir pada 31 Disember tahun ini.



Pencarum CPF berusia bawah 55 tahun akan meraih faedah hingga 5 peratus bagi $60,000 pertama daripada simpanan gabungan mereka, dengan hingga $20,000 daripada Akaun Biasa.



Mereka akan terus meraih kadar faedah hingga 3.5 peratus setahun bagi simpanan dalam Akaun Biasa, dan hingga 5 peratus setahun bagi simpanan dalam akaun Khas dan MediSave dalam suku terakhir tahun ini.



Pencarum CPF berusia 55 tahun dan ke atas akan dibayar faedah 6 peratus setahun bagi $30,000 pertama daripada simpanan gabungan mereka, dengan hingga $20,000 daripada Akaun Biasa. Mereka akan dibayar faedah 5 peratus bagi $30,000 seterusnya.



Faedah tambahan daripada Akaun Biasa pencarum akan disalur ke dalam Akaun Khas atau Akaun Persaraan untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka.



Jika pencarum berusia lebih 55 tahun dan menyertai skim CPF Life, faedah tambahan itu akan tetap diraih daripada baki simpanan gabungan mereka, termasuk simpanan yang digunakan bagi CPF Life.



CPF Life ialah sebuah skim anuiti yang menyediakan pembayaran bulanan sepanjang hayat yang bermula apabila pencarum berusia 65 tahun.



Kadar faedah bagi Akaun Biasa dikekalkan 2.5 peratus setahun dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini.



Kadar faedah konsesi bagi pinjaman rumah HDB, yang ditetapkan sebanyak 0.1 mata peratusan di atas kadar faedah Akaun Biasa, tidak akan berubah sebanyak 2.6 peratus setahun bagi tempoh itu.



Bagi akaun Khas, MediSave dan Persaraan, kadar faedah juga dikekalkan sebanyak 4 peratus setahun hingga 31 Disember tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >