Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar inflasi teras, keseluruhan S'pura naik sedikit bulan lalu

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



KADAR inflasi teras dan keseluruhan Singapura naik sedikit bulan lalu, sedikit di atas jangkaan ahli ekonomi, menurut Indeks Harga Pengguna (CPI) Jabatan Statistik Singapura (Singstat) semalam.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengekalkan ramalan inflasi mereka bagi tahun ini dan tahun depan, tetapi prospek mereka telah beralih ke arah menjangka tekanan ke atas yang ketara, berbanding laporan bulan sebelumnya.



Inflasi keseluruhan ialah 2.5 peratus, naik daripada 2.4 peratus Ogos lalu, manakala inflasi teras ialah 1.2 peratus, naik daripada 1.1 peratus sebelumnya.



Ahli ekonomi menjangkakan kedua-dua bacaan akan kekal stabil.



Kenaikan inflasi teras, yang tidak termasuk penginapan dan pengangkutan swasta, sebahagian besarnya didorong oleh inflasi makanan yang lebih tinggi sebanyak 1.6 peratus, naik daripada 1.5 peratus Ogos lalu.



Kos elektrik dan gas juga meningkat lebih mendadak, sebanyak 9.9 peratus berbanding 9.7 peratus Ogos lalu.



Inflasi penginapan naik ke 1.9 peratus, daripada 1.7 peratus sebelumnya.



Kadar inflasi kekal tidak berubah untuk perkhidmatan (1.2 peratus), pengangkutan swasta (10.8 peratus), dan runcit serta barangan lain (-1.0 peratus).



Kebanyakan kategori perbelanjaan Singstat, berbeza daripada kategori MAS dan MTI, melihat inflasi positif bulan lalu.



Pengecualian kekal sama seperti Ogos lalu: pakaian dan alas kaki (-5.0 peratus), komunikasi (-2.2 peratus), dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (-0.3 peratus).



Dalam satu kenyataan semalam, prospek inflasi MAS dan MTI berubah dengan ketara ke arah menjangkakan tekanan ke atas yang lebih besar, berbanding bulan sebelumnya.



Mereka berkata inflasi global "telah kekal tinggi dan berkemungkinan berterusan untuk beberapa waktu", berbeza dengan jangkaan mereka sebelum ini bahawa tekanan ke atas pada inflasi global akan berkurangan.



Harga minyak mentah telah meningkat dengan keputusan OPEC+ untuk memastikan peningkatan bekalan kekal sederhana, sementara permintaan bagi minyak juga meningkat setelah harga gas asli global meningkat, kata mereka.



"Ketidakpadanan permintaan-bekalan dalam pelbagai pasaran komoditi dan barangan, serta cerutan dalam pengangkutan global, berkemungkinan berterusan dalam tempoh terdekat," tambah mereka.



Dan sedang pemulihan ekonomi berterusan, inflasi asas dalam rakan perdagangan utama Singapura juga akan meningkat secara beransur-ansur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >