Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 10 tahun

Apr 26, 2022 | 05:30 AM



INFLASI keseluruhan dan teras di Singapura meningkat ke paras tertinggi sejak 10 tahun lalu disebabkan kenaikan kos makanan, perkhidmatan dan pengangkutan swasta.



Inflasi secara keseluruhan mencapai 5.4 peratus bulan lalu, dari 4.3 peratus pada bulan sebelumnya,menurut kenyataan bersama Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Ia juga lebih tinggi dari ramalan para pengamat sebanyak 4.7 peratus. Kali terakhir ia mencapai paras tertinggi ialah pada April 2012.



Inflasi teras, yang tidak mengambil kira kenaikan kos pengangkutan dan penginapan, juga menjulang mencapai 2.9 peratus bulan lalu berbanding setahun lalu, dari kenaikan 2.2 peratus pada Februari.



Inflasi terus meningkat disebabkan kenaikan mendadak harga komoditi sejagat dan gangguan rantaian bekalan dan keadaan ini dijangka berlanjutan, ujar kenyataan itu.



LAPORAN SELANJUTNYA: Inflasi keseluruhan dijangka naik lebihi inflasi teras




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >