Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar jenayah Jan-Jun bertambah

Aug 24, 2015 | 01:42 PM



KADAR keseluruhan jenayah di Singapura meningkat pada separuh pertama tahun ini, sebahagian besar disebab peningkatan ketara bilangan kes jenayah komersial.


Sebanyak 16,575 kes jenayah direkod antara Januari hingga Jun lalu, 6.7 peratus lebih tinggi daripada tempoh sama tahun lepas, menurut statistik jenayah pertengahan tahun yang dikeluarkan polis pada Isnin (24 Ogos).


Bilangan jenayah komersial bertambah 55.3 peratus, kepada 3,893 kes sepanjang separuh pertama tahun ini daripada 2,506 kes dalam tempoh sama tahun lepas.


Penipuan membabitkan e-dagang dan skim seperti 'kredit untuk seks' dan 'cinta Internet' antara kategori utama jenayah komersial yang bertambah mendadak.


Sebagai contoh, 627 kes berkaitan 'kredit untuk seks', satu penipuan baru yang berkembang pada separuh kedua tahun lepas. Penipu menggunakan platform pesanan mudah alih untuk meminta mangsa membeli kad hadiah atau kredit maya dalam pertukaran bagi khidmat pengiring atau seks.


Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komersial polis, Encik David Chew, berkata trend jenayah dalam talian yang bertambah membimbangkan dan polis akan terus memperluas usaha jangkauan mereka untuk mendidik orang ramai tentang penipuan dalam talian.


"Urus niga dalam talian memudahkan, tetapi orang ramai perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengambil segala usaha wajar apabila melakukan urus niaga dalam talian untuk mengelakkan diri menjadi mangsa penipu," katanya.


Namun, ada juga jenayah yang berkurangan, umpamanya pecah masuk dan curi.


Jumlah kes berkaitan pinjaman wang tanpa lesen dan gangguan berkurangan kira-kira 25 peratus, manakala kes ugut siber menjunam kira-kira 73 peratus.


Kes cabul kehormatan pula berkurangan kira-kira 5 peratus.


Keadaan jenayah belia juga bertambah baik, dengan jumlah anak muda yang ditangkap kerana jenayah berkurangan.


Penolong Pesuruhjaya Polis Kanan Tan Hung Hooi berkata: "Singapura kekal tempat selamat untuk tinggal dan bekerja. Polis akan bekerjasama dengan masyarakat dan pihak berkepentingan utama untuk memastikan Singapura terus menjadi kediaman selamat bagi semua orang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >