Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kadar kahwin di SG meningkat tahun lalu; jumlah bubar perkahwinan juga bertambah

Jul 07, 2022 | 05:30 AM

JUMLAH perkahwinan di Singapura meningkat tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, tetapi jumlah pembubaran perkahwinan juga telah bertambah dalam tempoh yang sama, menurut kenyataan Jabatan Statistik Singapura (DOS) semalam.

Sebanyak 28,329 perkahwinan sivil dan Muslim didaftar tahun lalu, 25.1 peratus lebih tinggi berbanding 2020, sedang langkah-langkah pengurusan selamat Covid-19 dilonggarkan.

"Ini berbeza dengan kemerosotan pada 2020 apabila rancangan perkahwinan bagi sebahagian orang terganggu akibat pandemik," tambah jabatan tersebut.

Terdapat 7,890 pembubaran perkahwinan tahun lalu, peningkatan sebanyak 13.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pembubaran perkahwinan merujuk kepada kedua-dua perceraian dan pembatalan.

Peningkatan dalam pembubaran perkahwinan dikaitkan dengan lebih banyak permohonan perceraian yang difailkan pada 2021 dan penyambungan semula prosiding perceraian yang sebelum ini ditangguh akibat pandemik.

Sewaktu tempoh pemutus rantaian dua tahun lalu, yang bermula pada April dan berakhir pada Jun, Mahkamah Keadilan Keluarga mendengar hanya kes yang memerlukan perhatian segera dan penting, seperti yang melibatkan ancaman kepada nyawa dan kebebasan, kata peguam keluarga menurut laporan akhbar The Straits Times.

Walaupun jumlah pembubaran perkahwinan naik tahun lalu, kadar perceraian umum masih rendah berbanding sedekad lalu, kata DOS.

Contohnya, terdapat 7.2 duda bagi setiap seribu lelaki yang berkahwin berusia 20 tahun dan ke atas tahun lalu, satu penurunan berbanding 7.6 pada 2011.

Dalam pada itu, usia median perkahwinan pertama bagi pengantin lelaki dan wanita meningkat ke 30.5 tahun dan 29.1 masing-masing tahun lalu berbanding 30.1 tahun dan 28 tahun pada 2011.

Di samping itu, jurang usia antara pasangan dalam perkahwinan pertama mereka mengecil.

Tahun lalu, sebanyak 43.7 peratus pasangan dalam perkahwinan pertama mereka sama ada mempunyai usia yang sama atau beza setahun, satu peningkatan dari 35.9 peratus sedekad lalu.

Usia median ketika perceraian juga meningkat dalam dekad lalu, dari 41.3 tahun pada 2011 ke 43.9 tahun pada 2021 bagi lelaki dan 37.7 tahun ke 40 tahun bagi wanita.

Tempoh median perkahwinan bagi perceraian tahun lalu ialah 10.7 tahun, peningkatan sedikit berbanding 10.5 tahun pada 2011.

Pasangan yang kekal berkahwin selama lima hingga 9 tahun sebelum bercerai terus merangkumi bahagian terbesar - 29.8 peratus daripada semua perceraian tahun lalu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3