Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar kelulusan GCE 'A' terbaik dalam sedekad

Mar 04, 2016 | 04:09 PM



SEKITAR 93.1 peratus daripada seramai 13,582 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'A' tahun lalu mencapai sekurang-kurangnya tiga lulusan subjek H2, dan lulus dalam Pengajian Am (General Paper) atau Pengetahuan dan Siasatan (Knowledge and Inquiry).

Ini merupakan kadar lulusan yang tertinggi sejak kurikulum GCE 'A' disemak kira-kira sedekad lalu.

Keputusan tahun ini lebih baik daripada kadar kelulusan tinggi sebelum ini, yang telah dicapai tahun lepas.

Pada 2014, 91.4 peratus daripada 14, 185 pelajar yang telah menduduki peperiksaan mendapat sekurang-kurangnya tiga lulusan subjek H2.

Para pelajar telah kembali ke sekolah masing-masing pada jam 2.30 petang tadi untuk mendapatkan slip keputusan mereka.

Calon persendirian akan menerima keputusan mereka melalui pos. Mereka yang mempunyai akaun SingPass boleh menggunakannya untuk mendapatkan keputusan mereka dalam talian di laman web Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) di www.seab.gov.sg, di mana keputusan akan dikeluarkan dari 2.30 petang hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >