Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar kes masyarakat Covid-19 kekal stabil sejak dua minggu lalu: MOH

Aug 27, 2020 | 12:14 AM



SEDANG dua daripada tiga kes masyarakat yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) sehingga 12 tengah hari Rabu (26 Ogos) dikesan sewaktu kuarantin, satu kes  masyarakat melibatkan lelaki Singapura berusia 66 tahun tiada kaitan dengan kes sebelum ini.



Ia dikesan di bawah ujian kemasyarakatan yang dipertingkatkan bagi menguji semua individu berusia 13 tahun ke atas yang dikesan menghidap jangkitan pernafasan akut kali pertama bertemu doktor. Ujian tersebut didapati mampu mengesan individu yang terjejas lebih awal lantas dapat mengekang sebarang jangkitan lanjut.



Demikian jelas MOH dalam kenyataannya Rabu malam (26 Ogos).



Menurut MOH, bilangan kes baru dalam masyarakat kekal stabil pada kadar purata dua kes sehari sejak dua minggu lalu. Bilangan kes yang tiada kaitan dalam masyarakat juga stabil pada purata satu kes sehari dalam tempoh yang sama.



Dari sejumlah 47 kes melibatkan pekerja asing yang menetap di dormitori, 29 daripada mereka dikenal pasti lebih awal sewaktu kuarantin kerana berkait dengan kes sebelum ini. Baki 18 kes pula dikesan menerusi ujian pemantauan seperti Ujian Rutin Yang Dijadualkan buat pekerja dormitori dan ujian bagi mereka dengan jangkitan pernafasan akut.



Sebanyak 60 kes baru disahkan MOH pada Rabu manakala 155 pesakit pula dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. 65 kes pula masih di hospital dalam keadaan mantap atau kian pulih. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >