Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kadar lawatan bulanan ke Jabatan Kecemasan turun 16% sejak 2019

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



KADAR lawatan bulanan ke Jabatan Kecemasan (ED) di hospital sejak 2019 - sebelum Covid-19 melanda - sehingga 2022, merosot daripada sekitar 75,000 atau 2,500 pesakit sehari kepada 63,000 atau 2,100 pesakit sehari, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Namun, meskipun terdapat penurunan sekitar 16 peratus, kadar pesakit dengan masalah serius dan memerlukan perhatian paling tinggi telah meningkat daripada sekitar 8 peratus kepada 11 peratus dalam tempoh yang sama.



Ia menandakan kenaikan sekitar beberapa ratus pesakit setiap bulan dan biarpun angkanya tidak tinggi, namun ia menambah beban kepada tugasan di ED, ujarnya.



"Ia seolah-olah menunjukkan bahawa semua langkah untuk mendidik orang ramai untuk tidak ke ED melainkan dalam kecemasan, inisiatif GPFirst (doktor keluarga dahulu), dan menubuhkan Pusat Jagaan Segera (UCC) di estet perumahan sebagai alternatif kepada ED, telah memberi kesan.



"Kemungkinan juga sesetengah orang mengelak daripada ke ED semasa pandemik," katanya sebagai respons kepada beberapa soalan Anggota Parlimen (AP) semalam.



Bulan lalu, timbul laporan bahawa hospital awam di Singapura sedang mengalami masalah kekurangan katil di wad, lantas menyebabkan tempoh menunggu untuk dimasukkan ke wad meningkat sehingga 50 jam lamanya.



Masalah ini timbul menyusuli gelombang baru Covid-19 yang melanda yang didorong variasi XBB.



Dalam satu kenyataan bersama baru-baru ini, tiga kelompok penjagaan kesihatan - Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional, Sistem Kesihatan Universiti Nasional dan SingHealth - berkata sejak permulaan tahun ini, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) berdepan dengan bilangan pesakit yang sangat tinggi.



Semasa puncak gelombang XBB yang baru lalu dan gelombang Omicron pada pertengahan tahun ini, pesakit yang dijangkiti Covid-19 menambah lagi 600 lawatan ke ED setiap hari.



Ini merupakan tambahan beban tugasan lagi 30 peratus di ED, jelas Encik Ong.



"Saya patut tekankan bahawa ED di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), telah mengalami lawatan yang banyak setiap hari - pada kadar yang biasanya dialami hanya semasa Tahun Baru Cina apabila kebanyakan klinik privet ditutup.



"Ini merupakan masalah berasingan. ....sepanjang dua tahun lalu, langkah pengurusan selamat (SMM) termasuk memakai pelitup telah melindungi kanak-kanak daripada banyak jenis jangkitan virus dan bukan sahaja Covid-19.



"Kini dengan kehidupan kembali normal, jangkitan virus mula kembali semula," katanya.



Meskipun dengan beban tugas yang kian berat, hospital di sini tidak akan bertolak ansur dengan keselamatan pesakit, kata Encik Ong sebagai respons kepada soalan Encik Murali Pillai (Bukit Batok).



Encik Murali bertanya sekiranya terdapat pemantauan tentang risiko mengalami kecederaan tekanan dalam kalangan pesakit yang terbaring dan berada di jabatan kemalangan dan kecemasan di hospital akut sebelum dialihkan ke wad.



Encik Ong berkata kes-kes yang mengancam nyawa akan diberi perhatian dengan segera.



"Sekiranya pembedahan diperlukan, ia akan dilakukan dengan segera dan katil-katil akan disediakan bagi para pesakit ini.



"Bagi pesakit yang tidak mengalami masalah yang mengancam nyawa yang menanti dimasukkan ke wad, pasukan perubatan akan terus memantau mereka dan menjalankan siasatan dan rawatan yang sesuai.



"Sementara pesakit yang terbaring, berisiko alami kecederaan akibat tekanan, hospital akan laksanakan pemintasan kejururawatan pencegahan termasuk menggunakan cadar tebal, memusingkan pesakit secara berkala dan menukar lampin mereka, " tambah Encik Ong.




"Ia seolah-olah menunjukkan bahawa semua langkah untuk mendidik orang ramai untuk tidak ke ED melainkan dalam kecemasan, inisiatif GPFirst (doktor keluarga dahulu), dan menubuhkan Pusat Jagaan Segera (UCC) di estet perumahan sebagai alternatif kepada ED, telah memberi kesan. Kemungkinan juga sesetengah orang mengelak daripada ke ED semasa pandemik."
- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >