Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar pekerjaan dan gaji warga naik dalam sedekad: MOM

Jan 23, 2020 | 02:27 PM



KADAR pekerjaan dan pertumbuhan gaji warga Singapura telah meningkat dalam tempoh sedekad lalu, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu laporan yang dikeluarkannya Khamis (23 Januari).



Kadar pekerjaan telah meningkat daripada 60 peratus pada Jun 2009 kepada 63.6 peratus pada Jun 2019, didorong pekerja berusia 65 tahun ke atas.



Manakala pertumbuhan gaji median sebenar warga yang bekerja sepenuh masa ialah 3.9 peratus setiap tahun dari Jun 2014 hingga Jun 2019, lebih tinggi berbanding 2.1 peratus setiap tahun dari Jun 2009 hingga Jun 2014.



MOM memberi perangkaan itu dalam sat laporan (Occasional Paper) yang dikeluarkannya pada Khamis (23 Januari). Kali terakhir MOM mengeluarkan laporan serupa adalah pada 2011.



Sedang kertas 2011 itu memberi tumpuan kepada data warga Singapura, laporan kali ini membentangkan data rakyat Singapura bersama data penduduk setempat, yang termasuk warga dan penduduk tetap (PR).



MOM berkata trend warga Singapura mengikuti dengan rapat trend penduduk setempat, memandangkan warga Singapura membentuk sebahagian besar tenaga kerja di sini.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >