Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBINCANGAN ISU WANITA

Kadar pekerjaan wanita stabil semasa pandemik Covid-19: Josephine Teo

Mar 12, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN wanita yang bekerja semasa pandemik ini kekal stabil, yang menunjukkan kecekalan pekerja wanita dan sokongan bagi mereka untuk kekal dalam tenaga kerja, ujar Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo.



Beliau menambah bahawa golongan wanita juga harus sentiasa memperbaharui serta meningkatkan kemahiran diri agar tidak melepaskan peluang yang datang.



Cik Teo berkata demikian dalam satu forum maya mengenai sifat inkusif di tempat kerja kelmarin.



"Kami telah memberi perhatian akan bagaimana pandemik Covid-19 ini telah menjejas wanita di tempat kerja mereka tahun lalu.



"Saya amat prihatin kerana sektor yang paling terjejas, sebagai contoh penginapan, mempunyai perwakilan wanita yang lebih tinggi di tempat kerja.



"Apabila kami melihat keadaan antarabangsa, amat jelas bahawa wanita lebih terjejas dengan pandemik ini, dan kemudiannya oleh penutupan sekolah, serta sekatan di kebanyakan negara," kata Cik Teo



Namun, kadar pekerjaan wanita di Singapura dilaporkan stabil pada kadar 73 peratus tahun lepas, manakala kadar pemberhentian kerja adalah sama antara lelaki dan wanita.



Cik Teo menambah bahawa wanita perlu mencari masa dan peluang untuk melatih dan meningkatkan kemahiran untuk kekal relevan di tempat kerja, lebih-lebih lagi apabila usia persaraan dan pengambilan kerja semula dinaikkan. Wanita juga mempunyai jangka hayat yang lebih lama.



"Masih terdapat cabaran transformasi tenaga kerja… dan cabaran mengikuti perkembangan digitalisasi perniagaan. Saya rasa kami tidak boleh memandang rendah akan kesannya kepada seluruh tenaga kerja dan wanita secara khususnya," ujar Cik Teo.



"Saya rasa ianya lebih sukar bagi wanita kerana selain komitmen kerja, mereka juga perlu mengurus perkara lain. Kamilah yang perlu menjaga ibu ayah, juga anak-anak. Jadi cabaran bagi wanita untuk kekal meningkatkan kemahiran tidak boleh tidak diendahkan. Kami perlu kerja keras," kata Cik Teo lagi.



Seperkara lagi yang perlu diubah adalah untuk mendapatkan lebih ramai wanita ke dalam lembaga syarikat, ujar Cik Teo semasa sidang dialog anjuran Pejabat Hubungan Alumni, Universiti Nasional Singapura itu.



Katanya, bilangan wanita yang menyandang jawatan pengurusan membentuk 30 peratus sekarang ini.



"Akan tetapi perwakilan lembaga adalah dalam 16 peratus. Ianya amat memberangsangkan akan tetapi langkah yang diambil boleh dipercepatkan," ujarnya.



Seorang lagi anggota panel di acara itu, presiden persatuan Wanita Singapura Bersatu, Cik Georgette Tan berkata bahawa tahap 30 peratus itu sepatutnya menjadi tahap asas, dan sasaran dinaikkan ke 50 peratus, menurut satu pertubuhan global yang memperjuang keseimbangan jantina dalam lembaga.



Cik Tan menambah, adanya wanita yang sudah bersedia, namun syarikat perlu membuat usaha aktif dalam membawa mereka ke dalam lembaga bila jawatan itu dibuka kelak.



Cik Lyn Lee, ketua kepelbagaian dan pegawai inklusif dari Royal Dutch Shell berkata: "Ada (soal) prestasi perniagaan dan kesan kewangan yang berhubung kait dengan ini.



Beliau juga menambah bahawa firma yang mempunyai lebih ramai wanita dalam pengurusan kanan pertubuhan mereka, lebih cenderung untuk mencapai prestasi perniagaan yang lebih tinggi daripada purata.



Dr Vandana Ramachandran, pengasas bersama Wanita Singapura dalam Sains pula berkata Singapura perlu lebih ramai wanita teladan yang tampil.



Menjawab soalan sama ada undang-undang antidiskriminasi akan diwujudkan, Cik Teo berkata kementeriannya bersedia melakukannya sekiranya jika masyarakat memerlukan petanda lebih kuat.



Namun, beliau akur undang-undang sedemikian bukanlah suatu 'jalan keluar' yang boleh mendatangkan keputusan yang baik.



"Kita tidak patut menutup minda terhadap kemungkinan sebarang langkah undang-undang. Sekiranya keadaan memerlukan perubahan, kami akan lakukannya," kata Cik Teo




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >