Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar peletakan jawatan jururawat di hospital awam pada 2021 tertinggi dalam lima tahun

Aug 02, 2022 | 05:17 PM



KADAR jururawat di hospital awam yang meletak jawatan mencecah paras tertinggi dalam lima tahun, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam di Parlimen pada Selasa (2 Ogos).


Menjawab beberapa soalan yang diajukan Encik Louis Ng (Nee Soon GRC) mengenai kebajikan jururawat, beban kerja, gaji dan kadar perletakan jawatan, Cik Rahayu berkata tahun lalu, 7.4 peratus jururawat setempat dalam sektor awam telah meninggalkan pekerjaan mereka.


Ini merupakan peningkatan daripada 6 peratus, 6.3 peratus, 7 peratus dan 5.4 peratus pada setiap tahun dari 2017 hingga 2020.



Peningkatan itu lebih besar lagi bagi jururawat asing dalam sektor awam, dengan kadar peletakan jawatan sebanyak 14.8 peratus tahun lalu - perbezaan yang menurut Cik Rahayu disebabkan persaingan antarabangsa yang lebih sengit.


Kadar berhenti kerja tahunan bagi jururawat asing dari 2017 hingga 2020 ialah 8.2 peratus, 9.1 peratus, 9.4 peratus dan 7 peratus.



Pun begitu, nisbah jururawat-katil di hospital awam tidak berubah dengan ketara sejak lima tahun lalu, kata Cik Rahayu.

Ini bererti seorang jururawat bagi setiap empat atau lima katil di wad am, dan satu atau dua jururawat bagi setiap pesakit unit rawatan rapi bergantung pada kerumitan kes masih dikekalkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >