Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar pengangguran bukan-PMET lebih tinggi daripada PMET dek Covid-19: MOM

Dec 03, 2020 | 06:57 PM



GOLONGAN bukan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (bukan-PMET) terjejas lebih teruk berbanding PMET dek pandemik Covid-19, menurut anggaran awal tahunan bagi tenaga kerja penduduk yang dikeluarkan pada Khamis (3 Dis).



Berbanding dengan PMET, bukan-PMET menyaksikan peningkatan kadar pengangguran  lebih tinggi dan pengurangan waktu bekerja lebih besar.


Ini rata-rata kerana industri yang terjejas lebih teruk oleh Covid-19 mempunyai lebih ramai pekerja bukan-PMET, dan pekerjaan mereka kurang sesuai untuk dilakukan dari jarak jauh, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam laporannya, yang berdasarkan data yang dikumpulkan Jun lalu.


Industri itu termasuk pembinaan, perdagangan runcit, serta perkhidmatan makanan dan minuman.


Bagaimanapun, kadar pengangguran 6.4 peratus bagi bukan-PMET tahun ini kekal di bawah puncak kemelesetan lalu.

Ini juga sama bagi PMET, yang menyaksikan kadar pengangguran 3.5 peratus.


Semasa krisis kewangan global, kadar pengangguran untuk bukan-PMET mencapai 6.9 peratus pada 2009, dan 3.9 peratus untuk PMET.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >