Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar pengangguran dijangka kekal rendah: Ye Kung

Nov 29, 2016 | 11:21 AM



PEMERINTAH Singapura berharap tidak ada sembarang kemerosotan dalam pengangguran tahun depan sedang pasaran buruh mengikut paras 2016, kata Menteri Pendidik (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) merangkap Menteri Kedua Pertahanan, Encik Ong Ye Kung.



Dengan kadar pengangguran penduduk kini kira-kira 3 peratus, dan industri, termasuk penjagaan kesihatan, kejuruteraan jitu dan aeroangkasa, menunjukkan prestasi baik dan masih mencari pekerja, pasaran pekerjaan Singapura "tidak buruk sama sekali", kata beliau dalam satu temu bual di Bloomberg TV pada Selasa (29 Nov).



"Tahun depan kami berharap ada peningkatan sedikit dalam beberapa sektor dan kami berharap kami dapat mengekalkan kadar pengangguran sekarang," kata Encik Ong.



"Tetapi yang lebih penting ialah pengangguran jangka panjang. Kami sentiasa mengekalkannya pada kadar rendah dan kami mengekalkan kadar rendahnya dengan memastikan pekerja terus mendapat latihan semula."



Ekonomi Singapura yang didorong oleh eksport berada di bawah tekanan di tengah-tengah kelembapan dalam perdagangan global dan harga tenaga lebih rendah, yang menjejas industri perkhidmatan minyak dan gas, dan menyebabkan ribuan kehilangan pekerjaan.



Pada 2015, ekonomi Singapura tumbuh 2 peratus, kadar paling rendah sejak 2009, dan pemerintah meramalkan pertumbuhan lebih rendah tahun ini (2016), antara 1 dengan 1.5 peratus.



Singapura, yang telah melahirkan kebimbangan mengenai respon negatif yang semakin meningkat terhadap globalisasi, sedang mengikuti keadaan perdagangan dengan rapat, kata Encik Ong, yang juga anggota lembaga Penguasa Kewangan Singapura (MAS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >