Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar pengangguran Nov S'pura merosot

Jan 09, 2021 | 05:30 AM



KADAR pengangguran di Singapura berkurangan pada November tahun lalu, kali pertama sejak pandemik Covid-19 berlaku.



Ia turun kepada kadar 3.3 peratus pada November tahun lalu, berbanding 3.6 peratus yang dicatat bagi Oktober dan September, menurut perangkaan terkini Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Kadar pengangguran dalam kalangan penduduk tetap (PR) dan warga Singapura juga bertambah baik, daripada 4.8 peratus pada Oktober tahun lalu kepada 4.6 peratus pada November.



Dalam kalangan warga sahaja, kadar pengangguran berada di paras 4.7 peratus pada November, berbanding 4.9 peratus pada bulan sebelumnya.



Dalam tempoh tersebut, bilangan warga yang tidak bekerja juga berkurangan daripada 99,700 kepada 94,000 orang.



Kadar pengangguran di Singapura telah meningkat sejak suku pertama 2018, ketika itu pengangguran berada pada kadar 2 peratus, dan sebelum pandemik Covid-19 memburukkan keadaan.



Mengulas perangkaan terkini itu, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata kadar pengangguran yang berkurangan itu melegakan, tetapi harus diteliti dengan mengambil kira faktor lain seperti kadar penduduk yang bekerja.



Perangkaan tersebut dijangka diumumkan akhir bulan ini.



Menurut Cik Teo, pemulihan ekonomi dan pasaran kerja dijangka tidak seimbang dan berliku, berbeza dengan pemulihan pantas yang berlaku semasa kemelesetan ekonomi yang disebabkan krisis kewangan sedunia atau peningkatan stabil yang dialami semasa tempoh Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars).



"Sebahagian kesan penularan Covid-19 akan berterusan bagi jangka panjang, dan bukan hanya menjejas kesihatan orang tetapi juga perniagaan," kata Cik Teo.



Menurutnya, pandemik itu akan terus menjejas negara-negara lain.



"Tekanan adalah bagi perniagaan untuk membuat penyesuaian dan jika syarikat-syarikat menjalani transformasi, ada potensi keadaan ini akan mendatangkan kesan ke atas sektor pekerjaan," ujar beliau lagi.



Beliau berkata demikian semasa mengadakan kunjungan ke Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) semalam.



Institut itu yang antara lain bertujuan memadankan pekerja dengan majikan dan memperluas kemahiran pekerja dikendalikan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng, yang mengiringi Cik Teo semasa kunjungannya itu berkata beliau menerima baik berita kadar pengangguran lebih rendah itu.



Beliau juga melahirkan harapan agar perkembangan itu menandakan permulaan keadaan lebih cerah bagi pekerja.



Mengulas mengenai kadar pengangguran terkini itu, Ketua Penyelidikan Kewangan OCBC, Cik Selena Ling, berkata ia menunjukkan pasaran buruh negara kian stabil.




Laporan lanjut : 28,000 pemohon kerja dipadankan dengan kerja baru




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >