Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar pertumbuhan kenderaan semasa dikekalkan hingga Jan 2022: LTA

Aug 13, 2020 | 06:34 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) akan melanjutkan tempoh sah Kadar Pertumbuhan Kenderaan (VGR) semasa selama satu tahun hingga 31 Januari 2022 memandangkan ketidakpastian berhubung bagaimana corak permintaan perjalanan akan berkembang di tengah-tengah situasi Covid-19.



VGR untuk Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) Kategori A, B dan D oleh itu akan kekal tidak berubah pada kadar 0 peratus setahun, dan VGR untuk Kategori C akan dikekalkan pada kadar 0.25 peratus setahun, kata LTA dalam satu kenyataan.


VGR memastikan agar pertumbuhan bilangan kenderaan di Singapura di paras sederhana dan menyokong pembangunan persekitaran yang mampan dan sesuai didiami bagi warga Singapura.


 Mengambil kira hambatan tanah Singapura dan komitmen LTA untuk terus meningkatkan sistem pengangkutan awam, VGR semasa ditetapkan pada kadar 0 peratus setahun untuk Kategori A, B dan D sejak Februari 2018.


VGR untuk Kategori C dikekalkan pada kadar 0.25 peratus setahun, bagi memberi masa kepada perniagaan untuk meningkatkan kecekapan operasi logistik mereka dan mengurangkan jumlah kenderaan komersial yang mereka perlukan.


LTA berkata pelanjutan VGR semasa tidak akan memberi kesan terhadap pembekalan COE kerana kuota COE rata-rata ditentukan oleh bilangan pembatalan pendaftaran kenderaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >