Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kadar sokongan JSS bagi firma F&B dinaikkan ke 50%

May 14, 2021 | 06:39 PM

PEMERINTAH akan menaikkan sokongan Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) dari 10 peratus ke 50 peratus bagi firma sektor makanan dan minuman (F&B).

Ini bagi membantu sektor itu yang akan tejejas oleh sekatan Covid-19 lebih ketat yang diumumkan pada Jumaat (14 Mei).

Dari Ahad (16 Mei) hingga 13 Jun, orang ramai tidak dibenarkan menjamu selera di luar kerana sekitaran di mana orang ramai berkumpul dalam ruang tertutup tanpa memakai pelitup itu dianggap berisiko tinggi dalam menyebarkan virus Covid-19.

Semua premis F&B hanya boleh menawarkan khidmat penghantaran atau makanan yang dibungkus.

Bercakap di satu sidang media maya pada Jumaat, Menteri Pendidikan Encik Lawrence Wong, yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19, berkata kadar sokongan 50 peratus itu adalah kenaikan daripada sokongan 10 peratus yang diberikan hari ini.

"Peningkatan sokongan ini akan diberikan sepanjang tempoh menjamu selera di luar dilarang," kata Encik Wong.

Beliau menambah, untuk menyokong  pegerai kedai kopi dan pusat penjaja yang bekerja sendiri dan tidak meraih manfaat daripada JSS, pemerintah akan menawarkan pelepasan sewa satu bulan bagi penyewa kedai kopi dan gerai penjaja di bawah agensi pemerintah.

Beliau juga menggalak pemilik komersial agar menyokong penyewa F&B mereka dalam tempoh ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3