SYARIKAT pengangkutan SMRT akan terus mempertingkat dan memperbaiki khidmat kereta apinya agar penumpang dapat terus menikmati perjalanan lancar dan menyakini perkhidmatan itu.
Malah, kadar kejadian kereta api tertangguh dapat diperbaiki sejak Januari 2012 setelah syarikat itu memperbaiki kebolehpercayaan perkhidmatan kereta apinya, terutama pada laluan Utara-Selatan dan TimurBarat.