Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kadar Zakat Fitrah 2020; Muis lancar cara bayar baru PayNow

Apr 23, 2020 | 07:30 PM

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengumumkan kadar zakat Fitrah bagi Ramadan tahun ini, 1441 Hijrah pada Khamis (23 April).

Menurut kenyataannya, kadar Zakat fitrah biasa adalah $5.10 bagi setiap ahli keluarga dan kadar lebih tinggi adalah $7.50 setiap ahli keluarga.

Kadar Zakat Fitrah dua peringkat itu telah digunakan sejak Muis mengumumkannya pada 2005 untuk memudahkan para pembayar zakat yang ingin menyumbang jumlah yang melebihi kadar biasa (berdasarkan anggota Muslim setempat yang menggunakan gred beras lebih tinggi).

Pembayar zakat juga boleh memilih kadar yang sesuai berdasarkan pemakanan seharian masing-masing.

Ekoran keadaan Covid-19 ini, Muis juga menasihati orang ramai agar pembayaran Zakat dilaksanakan seawal mungkin menerusi cara elektronik iaitu secara dalam talian, mesin AXS, ATM, Giro atau cek.

Muis juga telah melancarkan cara pembayaran baru melalui PayNow dengan mengimbas kod QR (di gambar) atau kod UEN T08GB0028LZKT menerusi pelbagai aplikasi perbankan.   

Senarai penuh bagi cara pembayaran zakat fitrah boleh didapatkan di laman: go.gov.sg/muiszakat.

Zakat Fitrah merupakan sumbangan yang wajib dilaksanakan semua penganut Islam pada bulan Ramadan dan ia harus dibayar pada bulan itu hingga sebelum akhirnya pagi Aidilfitri.

Kadar Zakat Fitrah itu dijamin Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Muis berdasarkan makanan asas penduduk setempat iaitu bagi penduduk Singapura adalah beras. 

Oleh itu, kadar tersebut adalah berdasarkan harga gred beras seberat 2.3 kilogram secara purata yang digunakan secara am oleh penduduk Islam di negara ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3