Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadi dan naib kadi perlu tingkat kemahiran: Faishal

Apr 02, 2021 | 05:30 AM



TUGAS kadi tidak hanya berakhir setelah selesainya akad nikah pasangan pengantin tetapi peranan mereka boleh diluaskan dalam membantu pasangan suami isteri yang menghadapi cabaran dalam menjalani bahtera rumah tangga.



Oleh itu, adalah perlu bagi kadi dan naib kadi untuk terus mempertingkat kemahiran mereka agar dapat terus menyalurkan khidmat kepada masyarakat, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Untuk terus meningkatkan kemahiran mereka, Rangka Kerja Latihan dibentuk oleh Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Ini termasuk Latihan Laluan Umum dan Latihan Laluan Khusus bagi naib kadi yang ingin mengembangkan kecekapan mereka untuk menjadi pakar dalam masalah keluarga.



Ia merupakan antara inisiatif Bersamamu yang menjadi sebahagian daripada fokus pertama M Kuasa Tiga (M³) bagi menyokong perkahwinan, keibubapaan serta pendidikan awal kanak-kanak dalam masyarakat Melayu/Islam.



Peningkatan kemahiran itu penting memandangkan bilangan kadi dan naib kadi semakin ramai dan telah meningkat dua kali ganda dari 27 sejak pelancaran Bersamamu pada Julai 2019 menjadi 52 sehingga kini.



"Kian jelas betapa penting peranan kadi dan naib kadi dalam inisiatif Bersamamu.



"Saya teringat kata-kata Ustaz Pasuni Maulan kepada para kadi dan naib kadi semasa inisiatif Bersamamu pertama kali dicetuskan. Beliau berkata jika kadi dan naib kadi berani 'menggoncangkan' tangan pengantin ketika bernikah, mereka juga harus berani mendampingi mereka".



"Ungkapan ini menunjukkan keprihatinan para asatizah terhadap keutuhan hubungan para pasangan yang baru membina mahligai. Namun, kita akur bahawa dalam mendampingi pasangan, kadi dan naib kadi harus diperkasakan dengan kemahiran yang sesuai dengan peranan mereka yang semakin meningkat," kata Dr Faishal.



Antara latihan yang dianjurkan pihak ROMM, Muis dan MSF termasuk Pendekatan Pasangan Berkesan, Responder Pertama Perkahwinan (MFR), Kesedaran Keganasan Keluarga, Memperkukuh Penyampaian Perkhidmatan Sosial (S3D) dan Masyarakat yang Mengamalkan atau Community of Practice (CoP).



Menurut Dr Faishal, latihan berterusan akan disediakan dan beliau menggalak kadi dan naib kadi mengikuti program-program tersebut demi memperbaiki pelaksanaan amanah mereka.



Mengulas mengenai sumbangan semua kadi dan naib kadi, Dr Faishal berkata sumbangan mereka memberi cahaya baharu dalam usaha memperteguh institusi keluarga masyarakat kita.



Namun begitu, beliau menambah perjalanan Bersamamu masih jauh.



"Banyak lagi usaha perlu dilakukan. Kita hanya akan melihat hasil usaha kita pada beberapa tahun akan datang.



"Pohon yang teguh memerlukan tunjang yang kuat. Begitu juga dalam usaha membina keluarga yang utuh.



"Sokongan masyarakat, terutama sekali para kadi dan naib kadi, amat diperlukan demi mencapai misi Bersamamu ini," ujarnya.




"Pohon yang teguh memerlukan tunjang yang kuat. Begitu juga dalam usaha membina keluarga yang utuh.

"Sokongan masyarakat, terutama sekali para kadi dan naib kadi, amat diperlukan demi mencapai misi Bersamamu ini," ujarnya.

- Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >