Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EHWAL MASYARAKAT ISLAM

Kadi, naib kadi tambah ilmu tingkat sokongan bagi bakal pengantin

Mar 07, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohd Maliki Osman, berkata kadi dan naib kadi giat menerima latihan supaya lebih berupaya memberi sokongan kepada pasangan yang ingin bernikah di bawah program Bersamamu yang dikendalikan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).



Sehingga Disember lalu, hampir 3,000 pasangan telah mendapat manfaat daripada program tersebut.



Memberikan perkembangan mengenai usaha institusi Islam seperti ROMM dan Mahkamah Syariah, Dr Maliki berkata institusi itu berupaya memainkan peranan lebih besar dalam membentuk kehidupan masyarakat.



Dalam usaha meningkatkan keberkesanan program Bersamamu, ROMM bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga untuk melatih kadi dan naib kadi dengan kemahiran agar mereka dapat menyokong pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.



Program Bersamamu dilancarkan ROMM pada Julai tahun lalu sebagai sebahagian daripada proses permohonan pernikahan yang dipertingkat untuk mempersiapkan diri pasangan yang ingin bernikah melayari kehidupan berumah tangga.



Di bawah program itu, pasangan yang ingin bernikah diminta bertemu naib kadi sebelum akad nikah mereka.



Semasa pertemuan bersama naib kadi, pasangan berpeluang membincangkan topik berkaitan perkahwinan yang penting kepada mereka, misalnya menangani cabaran perkahwinan, cara memperkukuh hubungan, atau mendapatkan perspektif Islam mengenai perkahwinan.



Bagi yang memerlukan sokongan tambahan, naib kadi akan merujuk mereka kepada agensi lain untuk bantuan profesional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >