Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadir bakal ambil alih jawatan Ketua Eksekutif Muis dari Esa

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



TIMBALAN Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, akan mengambil alih kepimpinan sebagai Ketua Eksekutif Muis mulai 1 November.



Encik Kadir, 54 tahun, bakal menggantikan Ketua Eksekutif sekarang, Encik Esa Masood, 42 tahun, umum Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) semalam.



Encik Kadir juga akan dilantik sebagai Pengganti Ketua Eksekutif mulai lusa.



Dengan lebih 27 tahun pengalaman dalam Perkhidmatan Awam, beliau dipinjamkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kepada Muis Januari lalu.



Encik Kadir terlibat dengan pelaksanaan rancangan transformasi SCDF menerusi pelbagai pelantikan menerajui unit sokongan perkhidmatan, latihan dan operasi.



Sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir menyelia fungsi pendekatan strategik, pendidikan dan sumber manusia Muis.



Beliau juga bekerja rapat dengan pegawai Muis untuk mempertingkat operasi dan pembangunan dasar.



Selain itu, Encik Kadir turut memainkan peranan sebagai Pengerusi M3@Bedok, di mana beliau telah membina hubungan rapat dengan masyarakat serta pihak berkepentingan untuk menjalankan usaha pendekatan dan membangunkan program bagi menyokong keperluan masyarakat Melayu/Islam di Bedok.



Menerusi satu kenyataan semalam, MCCY berkata:



"MCCY merakamkan penghargaan kepada Encik Esa Masood bagi sumbangan besarnya kepada Muis dan kami mengucapkan yang terbaik bagi pelantikan akan datangnya dalam Perkhidmatan Awam."



Encik Esa sebelum ini dilantik sebagai Ketua Eksekutif Muis pada 1 Januari 2019 selepas menyertai Muis sebagai Timbalan Ketua Eksekutif pada Oktober 2017.



Sejak itu, beliau telah memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang termasuk memimpin usaha Muis membantu masyarakat membuat penyesuaian dengan gangguan kepada kehidupan sosioagama akibat pandemik Covid-19 dan menerajui Pelan Tiga Tahun Muis yang keenam.



Beliau turut bertanggungjawab menyelia kerja awal bagi pembentukan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa), yang menetapkan asas untuk membangunkan pucuk pimpinan agama masyarakat bagi masa akan datang.




Laporan lanjut: Esa pimpin usaha Muis sesuaikan masyarakat dengan gangguan Covid-19




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >