Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kaedah baru masukkan ubat barah dengan dos rendah

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



SATU kaedah baru bagi memasukkan ubat antibarah telah diperkenalkan kepada masyarakat oleh Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Institut Barah Universiti Nasional (NCIS) semalam.



Prosedur yang dikenali sebagai Pressurised Intraperitoneal Aerosol Chemotherapy (PIPAC) itu menukar ubat kemoterapi kepada titisan halus dan memperkenalkannya ke dalam rongga peritoneal di bahagian dalam perut pesakit pada kadar tekanan yang tinggi secara langsung.



Diketuai Profesor Jimmy So, Ketua dan Perunding Kanan di Bahagian Pembedahan Am (Pembedahan Gastrointestinal Atas); dan Dr Yong Wei Peng, Perunding Kanan dari Jabatan Hematologi-Onkologi NCIS, rawatan itu telah dijalankan di Asia sejak Disember 2016.



Menurut Profesor So, yang juga Ketua dan Perunding Kanan di Jabatan Pembedahan Onkologi NCIS, kaedah paliatif - yang digunakan untuk melegakan sakit dan ketidakselesaan, tetapi bukan untuk merawat penyakit atau menyembuhkannya - itu kurang invasif.



Ia bertujuan melanjutkan kelangsungan hidup serta memelihara mutu hidup pesakit



"Disebabkan dos rendah yang digunakan, PIPAC mempunyai kadar racun yang rendah dan membolehkan aplikasi berulang dan penilaian respons seseorang pesakit," jelas Profesor So.



Teknik itu menggunakan ciri-ciri fizikal aerosol dengan tekanan untuk mengalirkan ubat di dalam rongga peritoneum - membran yang melapik dinding rongga abdomen - dengan lebih dalam ke sel-sel barah secara sekata bagi meningkatkan kadar keberkesanannya.



Prosedur itu singkat dan kurang invasif, di mana cecair kemoterapi ditukar kepada titisan aerosol yang halus.



Ia dimasukkan ke dalam rongga peritoneal dengan tekanan rendah untuk sekitar 30 minit, dengan pemantauan video secara berterusan di dalam bahagian perut.



Hasil kajian yang diketuai Profesor So dan Dr Yong, yang dimulakan pada 2017, menunjukkan kaedah itu selamat, ia diterima baik, dan mungkin berkesan ke atas pesakit yang gagal menjalankan prosedur kemoterapi biasa.



Menurut kenyataan bersama oleh NUH dan NCIS, kesan sampingan rawatan itu adalah rendah, kerana hanya sedikit sahaja ubat kemoterapi diserap ke dalam saluran darah berbanding kaedah kemoterapi biasa.



"PIPAC mempunyai kadar toleransi yang baik dan regresi ketumbuhan (reda atau kehilangan ketumbuhan) diperhatikan ke atas pesakit yang menerima sekurang-kurangnya dua prosedur PIPAC.



"Hasil yang menggalakkan ini telah membawa kepada perkembangan PIPAC dengan kaedah imunoterapi dalam satu kajian baru," jelas Dr Yong.



Sehingga kini, lebih daripada 40 prosedur PIPAC telah dijalankan ke atas lebih 20 pesakit di NUH dan NCIS.



Barah usus besar, gastrik dan ovari adalah di antara penyebab utama kematian berkaitan barah di Singapura, di mana barah jenis itu biasanya akan merebak ke rongga peritoneal pada tahap lewat dan sukar dirawat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >