Penjualan secara langsung atau Facebook 'Live' mendapat perhatian baru-baru ini setelah video seorang warga, Cik Lerine Yeo, yang menjual 100 baju dengan bulatan logam (metal ring) dalam masa 15 minit menjadi viral. Cik Yeo, yang menggunakan 'Singlish' dalam videonya, menjadi 'sensasi' di Internet, sehinggakan beliau berjaya mendapat kontrak bersama syarikat pengurusan artis tempatan. Ikuti NUR HUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg) dan PUTRI MARDHIYAH YAZID (yputri@sph.com.sg) mengupas trend penjualan yang kian meningkat ini. Selami juga kisah dua individu ini yang menggunakan wadah tersebut bagi menjalankan perniagaan mereka.
PENJUALAN Facebook 'Live' di Singapura kian meningkat, menurut pemantauan beberapa penganalisis di Singapura.