PEGAWAI Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) menjelaskan kepada mahkamah bagaimana pihaknya mendapat angka yang menunjukkan kedua-dua tertuduh telah menaikkan jumlah semasa memohon geran agensi pemerintah bagi acara Penyalaan Lampu Hari Raya (HRLU).
Pegawai CAD itu, Encik Neo Tzu Yang, membuat penjelasan tersebut semasa disoal oleh kededua peguam bela semalam tentang bagaimana pengiraan itu dilakukan.