Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Kaedah mudah pastikan kesahihan berita

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
3

Kaedah mudah pastikan kesahihan berita

Nov 20, 2017 | 05:30 AM

Satu ceramah bertajuk "Berita Palsu - Bahaya dan Kerosakan" dianjurkan oleh Persatuan Peguam Muslim Singapura (AML) baru-baru ini. Tujuannya adalah untuk membiasakan masyarakat Singapura tentang implikasi sosial dan perundangan terhadap berita palsu dalam kehidupan profesional, peribadi dan sosial mereka.Tetamu terhormat forum tersebut, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, yang juga Menteri Kedua bagi Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, semasa berucap, menekankan bahaya dan implikasi berita palsu.Beliau memberi amaran Singapura tidak boleh lagi pusing ke belakang daripada kerosakan yang telah dilakukan terhadap perpaduan dan identiti yang dikongsi sama, dan yang dibina dengan jerih payah sejak 50 tahun lalu, jika garisan kesilapan bangsa dan agama berjaya dieksploitasi dan diperbesarkan.Skala masalah berita dan maklumat palsu, katanya, tumbuh dengan pesat dan mempengaruhi orang awam sejak beberapa tahun lalu. Orang yang terlalu bergantung pada media sosial bagi maklumat berita mereka, menghadapi risiko terperangkap dalam khayalan tanpa mereka sedari.Ini boleh menyebabkan sebuah masyarakat menjadi semakin berpecah dan lupa bagaimana mencari ruang bersama, dengan golongan yang berbeza daripada mereka, tegas Encik Lee. Dua lagi panelis dalam forum itu ialah Naib Dekan Akademi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan dan Ketua, Meja Antarabangsa, Channel NewsAsia, Encik Sujadi Siswo. Ia dipengerusikan oleh Presiden AML, Encik Noor Marican. Laporan ROSEBI MOHD SAH (rosebi@sph.com.sg).

MASYARAKAT awam boleh menapis maklumat atau teks yang diterima menerusi media sosial dengan mengamalkan tiga kaedah mudah, kata Naib Dekan Akademi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3