Kaedah teknologi tinggi dikaji bagi kurangkan kes keracunan makanan
Dec 24, 2019 | 05:30 AM
SISTEM pengawasan masa nyata yang dapat mengesan dan memberikan tanda amaran berhubung amalan pengendalian makanan tidak bersih serta pemantauan pemanasan makanan berasaskan web di gerai nasi ekonomi adalah antara idea yang sedang diteroka oleh Agensi Makanan Singapura (SFA).
Rancangannya adalah untuk menggunakan teknologi tinggi dan menyepadukan pengesanan dan huraian bijak lain ke dalam setiap peringkat proses pengendalian makanan, dalam langkah yang disifatkan oleh golongan pakar sebagai usaha mengurangkan kejadian keracunan makanan dengan ketara.