Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kafe dapat 'bernafas' semula, nantikan sekatan makan luar mula dilonggar hari ini

Jul 12, 2021 | 05:30 AM



IBARAT potong kaki, potong tangan, dan sukar bernafas.



Demikian gambaran yang diberikan jurucakap kafe Tash Tish Tosh yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Azri, ketika ditanya bagaimana perniagaannya terjejas apabila pelanggan tidak dibenarkan menjamu selera di kedai akibat sekatan Covid-19 sebelum ini.



Justeru, beliau bersyukur bahawa kelonggaran lanjut sekatan untuk membolehkan kumpulan lebih besar seramai lima orang untuk menjamu selera di kedai makan bermula hari ini.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Azri berkata:



"Kami amat gembira untuk kembali mengatur semula meja dan tempat duduk bagi menampung lima orang.



"Kami sudah terbiasa berada dalam keadaan sibuk dan sentiasa bergerak banyak, justeru apabila pelanggan di kedai berkurangan, semangat kakitangan kami amat rendah. Kami memang tidak sabar menerima orang ramai kembali ke kedai kami."



Menceritakan tentang perjalanan perniagaannya berdepan dengan tamparan Covid-19, Encik Azri berkata ia memang sukar memastikan perniagaannya terus bertahan dan beliau mengalami banyak kerugian.



Beliau yang sudah mempunyai satu cawangan Tash Tish Tosh di Kandahar Street, telah membuka lagi satu cawangan baru di Marine Cove Ramadan lalu kerana berfikiran "ia waktu yang baik untuk memperluas" memandangkan lapan orang dibenarkan menjamu selera bersama di kedai makan ketika itu.



Sayangnya, Fasa Kedua (Kewaspadaan Dipertingkat) diperkenalkan sejurus setelah itu pada Mei lalu.



"Sewaktu tempoh sebegini, orang ramai akan kembali ke makanan keperluan harian seperti mi goreng, nasi goreng, nasi ayam. Jadi sambutannya kurang bagi restoran seperti kami yang menyajikan makanan lebih mahal dengan tumpuan kepada pengalaman menjamu selera. Bagi pusat penjaja contohnya, orang ramai masih melanggani dan bungkus makanan mereka untuk dibawa pulang, tetapi bagi kami, ia berbeza dan permintaannya kurang," katanya.



Beliau turut menambah bahawa waktu keluar makan bersama orang tersayang sepatutnya waktu yang dinikmati dan dinanti-nantikan tetapi dengan banyak halangan dan sekatan, ia mungkin menjadi sesuatu yang mendatangkan "kepenatan".



Bagaimanapun, beliau akur bahawa langkah itu perlu dan berterima kasih atas bantuan pemerintah sejauh ini untuk meringankan beban peniaga sepertinya.



Bersikap optimistik tentang usaha vaksinasi Singapura, Encik Azri yakin bahawa keadaan akan bertambah baik dengan lebih ramai orang divaksinasi.



"Kesemua kakitangan Tash Tish Tosh telah sama ada menerima satu dos vaksin atau divaksin sepenuhnya. Saya faham bahawa semua sekatan yang ada kini akan dilonggarkan jika jumlah mereka divaksinasi meningkat dan itulah yang saya harapkan," katanya.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >