Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kafe kecil buru ruang lebih luas bagi penuhi permintaan pelanggan, patuhi peraturan

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



KAFE kecil dahulunya menjadi tempat kegemaran ramai, dengan hiasan seperti tembok merah, lampu yang malap serta wayar kelihatan di sana sini, sekali gus menampakkan keunikan kafe tersebut.



Namun kini, banyak pemilik kafe lebih gemar memilih tempat yang lebih besar, terang serta dipenuhi kehijauan.



Siling tinggi ruang kafe juga menjadi kunci utama pemilihan kafe, di samping tempat di mana pelanggan boleh menikmati sajian di luar kafe.



Walaupun dengan sekatan perjalanan luar negara masih berkuat kuasa, dan ramai yang masih berhubung dalam talian, perniagaan kafe-kafe di sini nampaknya semakin rancak.



Namun disebabkan peraturan jarak selamat, pemilik kafe kini memerlukan ruangan lebih besar untuk menampung bilangan pelanggan yang semakin meningkat.



Sekurang-kurangnya tujuh cawangan telah meluaskan ruangan mereka atau berpindah ke tempat yang lebih besar.



Ini termasuk The Brewing Ground di Joo Chiat Place; Prairie by Craftsmen di Bukit Timah; dan The Fabulous Baker Boy di The Aliwal Arts Centre.



Mereka telah juga menambah hidangan menu mereka, termasuk pilihan air yang lebih luas serta makanan yang lebih mengenyangkan.



Bulan lepas, kedai pastri popular Tarte by Cheryl Koh kembali membuka kedai mereka di Shaw Centre selepas menjalani kerja ubah elok selama dua minggu.



Kedai itu kini dua kali lebih besar daripada dahulu, dan mampu menampung 38 kerusi dengan penampilan ruang yang baru.



Pemilik kafe yang lain pula memilih untuk mencari ruang unit kedai yang lain setelah tamat tempoh sewa.



Setelah menutup ruangan mereka di Fort Canning Julai tahun lepas, kafe The Fabulous Baker Boy kini tampil dengan wajah baru di The Aliwal Arts Centre di Kampong Glam.



Walaupun ruang baharu mereka yang mampu menempatkan 70 kerusi itu hampir sama saiznya dengan lokasi dahulu, setengah bahagian ruang lokasi dahulu sebenarnya digunakan untuk pameran dan acara, jelas pemilik kafe, Cik Juwanda Hassim, 46 tahun, kepada akhbar The Straits Times.



Pemilik kafe itu, yang merupakan seorang penggiat teater dan pembuat roti, telah melihat banyak lokasi dan sedang mencari satu lokasi yang mampu menempatkan 70 orang pelanggan, namun dalam masa yang sama mampu mematuhi peraturan jarak selamat.



Kafe itu, yang menerima tempahan, selalunya menerima tempahan penuh pada hujung minggu menjelang awal minggu, kata Cik Juwanda lagi.



Mampu mematuhi jarak keselamatan merupakan pertimbangan utama Encik Shakir Mudzakker semasa mencari ruang baru kafenya, The Bravery, yang dahulunya terletak di Lavender.



Kafe itu kembali dibuka bulan lepas di Amoy Street. Rumah kedai dua tingkat itu hampir dua kali ganda saiz ruang lama mereka.



Encik Shakir berkata: "Amat sukar untuk menjangka berapa lama pandemik ini akan kekal. Kami mahukan ruang besar dan selesa untuk pelanggan kami, dan mampu mematuhi peraturan jarak selamat."



"Pelanggan kami juga semakin peka akan jarak antara mereka dengan pelanggan yang lain."



"Dengan mengambil kira akan peraturan jarak selamat, kami telah merubah ukuran perabot kami kepada yang lebih kecil, agar mampu menempatkan lebih banyak ruang duduk buat pelanggan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >