SEBUAH kafe di Chinatown yang mendapat kritikan dalam talian kerana memaparkan sijil halal palsu di papan tandanya telah diberitahu oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) agar mengeluarkan logo tersebut.
Home Taste Restaurant yang terletak di South Bridge Road pada mulanya menarik perhatian pejalan kaki kerana sijil halal yang dipaparkan bersebelahan dengan kain rentang yang mengiklankan promosi bir.