Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kaitan ketara antara kejayaan akademik dengan keluarga pelajar

Zaqy ulas dapatan kajian Mendaki, SUSS yang tekankan pentingnya peranan badan bantu diri seperti Mendaki untuk tingkat taraf demografi bergaji rendah
Jul 01, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH kajian tiga tahun yang dijalankan Yayasan Mendaki dengan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) mendapati kaitan signifikan antara tahap pencapaian akademik dengan status sosio-ekonomi pelajar Melayu/Islam yang menghadiri Skim Tuisyen Mendaki (MTS).



Antara lain, kajian itu juga mendedahkan bahawa motivasi dan penglibatan pelajar berkait rapat dengan prestasi akademik mereka, serta kepentingan mempunyai asas akademik yang kuat bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat.



Mengulas tentang hasil dapatan kajian tersebut, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata ia menekankan kepentingan peranan yang dimainkan badan-badan bantu diri seperti Mendaki untuk meningkatkan taraf golongan demografi berpendapatan rendah dalam masyarakat.



"Ia menekankan betapa badan bantu diri mempunyai peranan penting untuk dimainkan kerana jika anda lihat pada profil MTS misalnya, segolongan besar mereka datang daripada demografi berpendapatan rendah, dan dari itu kita cuba... meningkatkan taraf mereka berbanding golongan lain yang mempunyai kelebihan dalam masyarakat.



"Ini adalah salah satu bidang di mana badan bantu diri mempunyai peranan - untuk meningkatkan golongan berpendapatan lebih rendah - dan ini melampaui hanya keputusan akademik sahaja," ujar Encik Zaqy ketika ditemui media semasa Simposium Mendaki keenam yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec semalam.



Menjelaskan, beliau, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, berkata organisasi tersebut telah menjalankan pelbagai program, termasuk bimbingan bagi ibu bapa dan program pementoran bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk memastikan golongan sedemikian mempunyai sumber dan bimbingan yang lebih baik dari awal lagi.



"Program pementoran misalnya, memberi kanak-kanak ini akses kepada rangkaian profesional yang berbeza, suri teladan yang dapat membimbing mereka... dan di sini kita mahu mengurangkan lagi perbezaan (antara kanak-kanak daripada keluarga bergaji tinggi dengan rendah) dan meningkatkan taraf mereka melebihi hanya dari segi akademik," ulas Encik Zaqy.



Menurutnya lagi, Mendaki boleh memanfaatkan hasil dapatan kajian yang diketuai Profesor Madya Sylvia Chong itu untuk meningkatkan program atau inisiatif yang sedang atau mahu dijalankan bagi masyarakat Melayu/Islam setempat.



Kajian yang melibatkan data daripada lebih 12,000 pelajar MTS dalam kohort 2018 hingga 2022 itu turut mendapati bahawa pencapaian dalam Matematik mempunyai kaitan kuat dengan pencapaian akademik secara keseluruhan.



Ia juga mendedahkan bahawa pencapaian akademik mempunyai kaitan dengan penglibatan dan pencapaian bukan akademik kerana pelajar yang menunjukkan prestasi akademik lebih baik yang menyertai kegiatan ko-kurikular (CCA) didapati telah mendapat gred lebih baik.



Selain Encik Zaqy, perbincangan panel yang diadakan sempena Simposium Mendaki semalam disertai Felo Penyelidik dari Institut Pendidikan Nasional (NIE), Dr Johannis Auri Abdul Aziz; Saintis Penyelidik NIE, Dr Michael Tan Lip Thye; dan Ketua Tutor, Yayasan Mendaki, Encik Muhammad Khairi Uda; serta moderator, Timbalan Pengarah, Future Ready, Yayasan Mendaki, Cik Atiqah Halim.



Dalam pada itu, diminta mengulas hasil dapatan kajiannya, Dr Chong berkata ia tidak semestinya mewakili keseluruhan masyarakat Melayu/Islam.



"Jadi anda mesti lihat sama ada pelajar MTS yang terlibat mewakili masyarakat Melayu secara keseluruhan (dari segi demografi)," katanya, sambil menyaran Mendaki mendapatkan data baru setiap tahun kerana dengan perubahan tahun, hasil dapatan kajian juga boleh berubah.



Sekitar Simposium Mendaki






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >