Kajian: 4 dalam 5 warga Singapura yakin dapat kenal pasti berita palsu, namun 90 peratus salah , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Kajian: 4 dalam 5 warga Singapura yakin dapat kenal pasti berita palsu, namun 90 peratus salah

Sep 27, 2018 | 04:21 PM

EMPAT dalam lima warga Singapura berkata mereka yakin dapat mengenal pasti berita palsu namun apabila diuji, sekitar 90 peratus berkata salah satu daripada lima tajuk berita palsu yang diberikan adalah benar.

Ini merupakan antara hasil daripada kajian dalam talian yang dikeluarkan hari ini oleh agensi kajian pasaran bebas Ipsos, bertujuan untuk memahami reaksi warga Singapura terhadap berita palsu. 

Sekitar 750 warga Singapura dan penduduk tetap, berusia 15 hingga 65 tahun, terlibat dalam kajian tersebut yang berlangsung antara 30 Julai dan 2 Ogos. 

Apabila ditanya sama ada mereka yakin dengan kebolehan mereka untuk mengenal pasti berita mana yang benar dan palsu, sekitar 79 peratus berkata bahawa mereka “agak yakin”. 

Warga Singapura yang lebih muda dan siswazah universiti berasa lebih yakin dengan perkara tersebut, menurut kajian itu lagi. 

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Namun, apabila mereka diberi lima tajuk berita dari wadah digital dan disuruh menentukan sama ada ia benar atau palsu, hanya 43 peratus dapat mengenal pasti dua, atau kurang, tajuk berita yang palsu daripada lima yang diberikan. 

Malah, 91 peratus telah memilih satu atau lebih tajuk berita palsu yang dirasakan benar. 

Ipsos berkata kajian tersebut menunjukkan bahawa tiada kaitan antara keyakinan orang ramai dalam mengenal pasti berita palsu dengan kebolehan mereka yang sebenar. 
 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map